Tuesday, April 14, 2009

Artikel mengenai kemenangan dan persembahan Stacy

Stacy (Artis Baru Wanita Popular)
MULANYA saya sendiri tak yakin bahawa trofi ini menyebelahi saya kerana saingan calon lain memang begitu sengit. Harapnya hayat saya akan terus relevan sampai bila-bila dan kalau boleh sampai tua pun saya nak menari seperti Anita Sarawak.

.........Stacy yang menjadi artis pembuka tirai ABPBH 2008 bersama Anita Sarawak, terus menyusun langkah kemas untuk bergelar penghibur terkenal selepas membuka mata peminat pada Anugerah Juara Lagu Ke-23. Dia meneruskan tradisi peserta AF mengungguli kategori Artis Baru Wanita Popular selepas Farah melakukannya pada ABPBH 2005 dan Mila pada ABPBH 2007.

......Bahang kehangatan yang dicetuskan Anita diteruskan bakat muda yang meraih pengiktirafan Artis Baru Wanita Popular, Stacy menerusi Gagap. Ditemani sekumpulan penari yang kreatif merencana koreografi, Stacy sekali lagi membuktikan kecemerlangannya dengan persembahan hebat tanpa dihalangi cela.
Muncul selepas Anita, keampuhan aksi Stacy tidak goyah sebaliknya menyuntik kekuatan untuk dia membuktikan kelebihan yang ada pada tubuh kecilnya. Anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu ialah antara pelapis industri muzik yang wajar diberi perhatian kerana memiliki kekuatan bakat luar biasa.

sumber dari Berita Harian Online

0 comments: