Tuesday, April 14, 2009

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2008


Rasanya agak lambat aku publish post pasal ABPBH ni.. maklumla sebab masa aku g Genting Highland ahad lalu, aku tak bawak laptop so, susah la utk aku on9 di sana n menyebabkan aku lambat tuk publish post ni.. Beberapa Ahli Stacy Frenz telah pergi ke Arena of Star Genting Highland utk memberi sokongan dan semangat kepada Stacy. Antara ahli yang hadir adalah: Probosis, Mrs. X, Kose, Casper, Sis Riana, Capik, Anip, Mia, Liana, Ann, Ah Mae, Gerald, Ryo n aku.. kteorg gerak awal pada Ahad lalu iaitu kira2 jam 10 pagi dan smpai di Genting pada jam 11 pagi. Kami pusing2 dahulu di sekitar Theme Park sementara menunggu masa tuk Check In di Apartment di Genting View pada jam 3 petang. Then jumpa juga dengan Cherry (kakak Stacy) di lobby hotel n masa itu, Stacy telah pergi ke restoran utk makan tgh hari.. then jam hampir menunjukkan jam 5.30 petang dan kami ahli SFC telah beratur tuk menunggu giliran memasuki Arena Of Star Genting Highland.. Kami yg masuk awal dapat tempat duduk bersebelahan dengan laluan Red Carpet dan sempat juga kami snap beberapa gambar artis2 tempatan.. Majlis mula pada jam 9 malam itu telahdimulakan dengan persembahan hebat dari Anita Sarawak dan kemudiannya persembahan dari Dancing Queen Malaysia iaitu Stacy yang membawakan lagu Gagap dan kareografinya sangat menarik sekali.. dan yang menyebabkan SFC bertambah semangat apabila Cherry turut sama duduk sekali dengan kami dan memberi sokongan kepada adiknya yang membuat persembahan... Arena of Star juga telah menyaksikan kemenangan Stacy yang pertama apabila Stacy diumumkan sebagai ARTIS BARU WANITA POPULAR.. kemenangan Stacy telah membuatkan kami menjerit melaungkan nama Stacy sehingga menyebabkan semuanya tiada suara pada keesokan harinya... Tahniah di ucapkan kepada Stacy yang telah berjaya memenangi Anugerah Tersebut...


ketika dah penat berjalan-jalan di Star Walk.. sempat lagi posing walaupun penat

Ketika sedang berehat sambil menunggu masa utk Check-In

Kami yang sampai awal menuggu di Lobby hotel di mana Stacy menginap

Berada di luar Arena Of Star...Stacy is A Dancing Queen..

Baju yang di pakai Stacy ketika Red Carpet dan sepanjang majlis berlangsung

baju yang di pakai Stacy semasa membawa lagu Gagap ketika pembukaan ABPBH 2008


Chaq BAD Boyz (Abg Stacy) turut turun padang menari bersama Stacy

Gambar persembahan Stacy - Gagap

Stacy ketika di Red Carpet


Stacy bersama trofi beliau apabila beliau diumumkan sebagai Artis Baru Wanita Popular

all pictures credited to Casper



0 comments: