Wednesday, May 27, 2009
Hari Menjejak Stacy
Semalam, aku ikut dua2 show Stacy.. bermula di SACC Mall di mana ada pertandingan Download and Take Stacy Home. Bermula pada jam 12.30 aku, Liana, Flying Liza, Mrs X dan Uncle Probosis datang ke SACC Mall. Kami tunggu sehingga Stacy muncul dan sempat juga la snap beberapa gambar. Kemudian, bila majlis itu dah selesai, kami lepak sebentar dengan Stacy dan sempat lagi tanya apa aktiviti seterusnya... terus Cherry beritahu yang Stacy ada show di Anak Wayang.. apa lagi.. kami pun terus buat keputusan serta merta dan pada jam 6.30 petang.. aku, Uncle Probosis, kak Abby, Liana, WoohooMae tiba di Star Hills. Di sana, kami jumpa Ann dan Anip.. Anip nak wat suprise 2 datang tak bagitahu... hahahaha.. Stacy menyanyikan lagu tema Anak Wayang.. best lagu 2.. Walaupun agak penat, tp berbaloi jugak la sebab puas hati dapat jumpa Stacy 2 kali kan.. dah la last week pun dapat jumpa 2 kali.. haha..
Read more...
Monday, May 25, 2009
Mentor 3 Kumpulan A konsert ke 2
Malam semalam telah berlangsungnya Mentor 3 Kumpulan A di mana Chaq telah membuat persembahan.. seperti biasa SFC dan CUZ turun padang untuk memberi sokongan kepada Chaq. Turut turun padang pada malam itu adalah Cherry, iaitu kakak kepada Stacy. Persembahan Chaq cukup menarik sekali pada malam itu dan lebih menarik apabila President SFC sendiri iaitu Mr Kose telah di undang menjayakan drama lakonan yg dilakonkan di atas pentas semasa Chaq membuat persembahan. Keputusan pada malam itu memihak kepada Chaq dengan mendapat jumlah markah 70.3%. Tahniah di ucapkan kepada Chaq. Setelah konsert mentor selesai, rakan2 SFC pun turut bergambar tp malam semalam ad satu kelainan apabila masa bergambar, semua berlagak mcm artis.. hahahah.. saksikan sebahagian dari gambar2 kami malam tadi.. nt haori akan update lagi pasal gambar2 tersebut.. hehehe..enjoy.....
Siri Jelajah Era
aku sempat lagi pergi ke Siri Jelajah Era di Shah Alam pada sabtu lepas.. walaupun sibuk tp komitmen terhadap Stacy Frenz perlu diteruskan jugak.. wah... ayat skema..hehe. tak de la.. sb aku ada masa free aku join la.. lagipun Stacy ada wat performance di sana.. sb 2 aku turun.. tp aku tak sempat nak tgk Stacy perform sb aku terpaksa balik awal kerana ada kenduri.. tp yg turun petang itu adalah, Uncel Prob, Kose, Riana, kak Sun, kak Liza, Woohoomae n aku sendiri.. so, tatapi la gambar2 yang ada k.. Stacy siap posing lagi untuk kami...hehe.. thanks 2 Cherry sebab ambilkan gambar untuk kami..
IM BACK
wah.. dah lama rasanya tak update blog ni.. huhuhu.. maklumlah sibuk dengan projek bawah tanah... hehehe.. byk aku nak cerita ni...tp aku tak tau nak mula dari mana 1.. huhuhu.. so, tggu je la post2 yang akan datang k.. lepas ni aku akan update satu persatu..
Read more...Thursday, May 21, 2009
IM GOING TO STOP BLOGGING
Blog ini akan terus wujud tp aku akan stop publish post for a while.. sb kesibukan yang teramat sekarang ini.. mungkin untuk beberapa hari atau minggu, aku juga mungkin akan kurang chatting dan apa2 sahaja yg berkaitan dengan online ni.. Kepada mereka yang selalu masuk ke blog ini, haori ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi masuk blog ini.. ok.. Jumpa lagi..
Read more...Tuesday, May 19, 2009
Stacy @ Pertandingan Lagu Untuk Ibu
Hari ini bertempat di Studio V, Level 3, One Utama, Bandar Utama telah berlangsung satu pertandingan Lagu Untuk Ibu yang di anjurkan oleh Suria FM. Pertandingan ini memerlukan peserta menyanyikan lirik sendiri yang bertemakan mintak duit kat ibu dan perlu dinyanyikan dalam lagu Gagap. Memang lucu dan menarik pertandigan itu. Stacy di jemput untuk menjadi juri dan membuat persembahan. Seperti biasa, persembahan Stacy yang begitu bertenaga menghidupkan suasana di situ. Stacy menyampaikan lagu Pakai Buang dan Gagap. Selepas itu, Stacy turut menyampaikan hadiah kepada pemenang dan terus di temuduga oleh wartawan.
Read more...
Sunday, May 17, 2009
STACY CHAMPION OF CHAMPION
Kosert final AF7 sungguh hambar.. tak menarik langsung.. tak de pape transformasi.. tp nasib baik Stacy menyelamatkan keadaan... Persembahan Stacy tidak pernah menghampakan.. sungguh menarik sekali persembahan Stacy.. Stacy telah membuktikan bahawa dia adalah Juara yang lain dari yang lain.. Persembahan yang begitu bertenaga dan telah memukau semua penonton.. tidak hairanlah bila dikatakan ramai yg menonton malam ni hanya untuk menunggu persembahan Stacy.. Stacy menjanjikan kelainan dalam bentuk persembahan beliau dan kali ini memang betul-betul Stacy membuktikan kelainan. Corak persembahan dan gabungan lagu Gagap dan Pakai buang memang berhasil. Go Stacy.. teruskan usahamu dalam bidang seni ini.. Stacy is Champion of Champion.
Saturday, May 16, 2009
SELAMAT HARI LAHIR YANG
Walaupun tak sambut hari lahir Mak..tp Ayie nak mak tau yg Mak sentiasa dalam hati kami..
Kami hargai pengorbanan Mak dalam membesarkan kami..tetapi hari ini, hari Mak..
semoga keluarga kita kekal bahagia..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Ayie selalu doakan kebaikan dan kesejahteraan emak.. Ayie syg Mak..
Friday, May 15, 2009
Cinta Yang Ku Duga
lagu Stacy-Cinta yang ku duga mmg betul2 menyentuh perasaan aku.. tambahan pula keadaan aku sekarang ini betul2 mcm lirik lagu 2.. melainkan aku tak duga cinta aku jadi cmni.. kenapa dia wat aku cmni? aku syg kt dia.. aku tak le terima apa yang dia ckp kat aku tadi.. tanpa sebab..dia nak meninggalkan aku.. setelah apa yang aku lakukan tuk dia.. aku tak pernah marah dia selama ni.. tengking 2 jauh sekali la.. atp kenapa dia nak tinggalkan aku? kenapa???????
walau hatiku pedih
ku rasa sendiri kepedihan
kesakitan hati ku menangis
rintihan jiwa yang terus merana
walau ku sendirian
ku renangi lautan yang dalam
tiada siapa sudi perhatikan
itu yang ku duga selama ini
kesakitan cinta yang melanda ku
menghentikan degupan rindu
yang hampir bernyawa
kecewa yang tiada terhingga
bila mendengar berita kau tak cintaiku
kini ku fahami erti cintamu
kau hanya bernyawakan patung dalam dirimu
kecewa melanda dihati
mengapa begini yang aku hadapi
(kekasihku)
Stacy@Rakaman Muzik-Muzik
Semalam, bertempat di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral Shah Alam, telah berlangsung rakaman muzik-muzik. Lagu Pakai Buang nyanyian Stacy tercalon di Muzik-muzik. Semalam aku, Flying Liza, dan Abbyanty telah pergi menyaksikan rakaman tersebut dan mewakili Stacy Frenz yang lain. Seperti biasa, persembahan Stacy sentiasa mantap dan hebat, semua penonton bersorak dengan kuat setiap kali Stacy membuat gerak tarian yang memukau.. erk.. betul ke ayat aku ni.. Apa2 pun, yang penting.. dah boleh vote Stacy @ Muzik-Muzik.. jom kita undi lagu Pakai Buang!!
all pictures credit to FlyingLiza
Thursday, May 14, 2009
Award Friendship
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this
Mrs X
Kose
Capik
Hanif Hisham
Adriana
Kelly
Kak Abby
Ann Temah
Nik Hafiz
Virgonz
Fateyn Rozali
Wednesday, May 13, 2009
AKU BENCI KAU
aku benci kau.. kau tak pernah nak hargai aku.. kau hanya mempermainkan dan mempergunakan aku je.. selama ni aku igt kau betul ikhlas dengan aku tp rupa2nya tidak.. ku sangka kan hujan di tengah hari, rupa panas hingga ke petang... aku benci kau.. selama ini aku iklas sayang kat kau, tp kau tak pernah hargai... aku sanggup wat segalanya untuk kau..tp kau tak pernah nak amik tau pun... aku sanggup bersusah payah nak tolong kau, sanggup tak tidur malam sb nak kau berjaya tp macam ni kau buat kat aku.. sampai hati kau kan.. selama ni kata2 yang keluar dari mulut kau hanya la sandiwara belaka.. sebenarya kau la racun dalam madu.. kenapa la aku boleh tertipu dengan kata2 manis dari kau? kenapa semua ini terjadi kat aku.. kau penipu.. kau hanya pentingkan diri dan suka main2 kan perasaan aku.. bagi aku kau tak kan wujud lagi.. kau hanya mendatangkan derita kat hidup aku... AKU BENCI KAU!!!!!!
Read more...TAG apakah????
tag ni aku terima dari org yang aku sendiri tak kenal..tp dah ada nama aku..jawab je la..wakakaakaa
THE RULES
1-cari gambar yang anda suka
2-jelaskan tentang gambar itu
3-kemudian jawab soalan2 yg diberikan
gambar ni aku suka sebab aku rasa ni first time aku suka amik gambar...mungkin masa ni aku tak betul kowt..hehee.. gambar ni di ambil kt luar auditorium MBSA lepas konsert Mentor..hehe.
The Questions:
1-Apa makanan terakhir yang ada makan
Nasi Goreng Pattaya
2-Apa minuman terakhir yang anda minum
Air 100 Plus.. favourite aku ..hehe
3-Apa rancangan television terakhir yang ada tonton
Uik..hmm.. Ben10..wahahaha
4-Adakah anda suka rancangan tersebut
soalan bodoh ke...mesti la aku suka.. kalau tak npe aku tgk..hehe
5-Apa yang anda sedang lakukan?
tengah jawab soalan ini sambil chatting
6-Apa perkara terakhir anda lakukan sebelum menjawab tag ini
hmm.. Chatting la..attoiiyaiii
7-Apakah pakaian terakhir yang anda pakai
Tshirt hitam dan seluar jeans biru gelap
8-Apakah yang anda akan lakukan selepas ini
sambung Chatting pastu tidur...
9-Apakah bentuk sms yang terakhir anda terima
soalan pe ni? tak faham.. next!!!!!!!1
10-Tag seberapa ramai yang anda suka
-Sis Riana
-Virgonz
-kak Lyz
-Liliera
-Ann Temah
-kak Abby
-Siti
selamat menjawab tag ini.. hiks..
Tuesday, May 12, 2009
Stacy, Chaq and Esther OIAM
Petang semalam masa aku dapat chat dgn Chaq kt blog dia la.. walaupun masa 2 aku tgh tak betul..tp dia layan gak aku..wahahaha.. cerita pasal bola la.. tp ape pun.. Chaq sokong liverpool la anip... hahaha.. bukan MU.. Hidup Arsenal..erk..tiba2 je.. hahahahaha...
Then malam nye pulak.. aku yg tgh sibuk mengedit video n mcm2 lagi la.. aku jadi frust so aku skodeng blog Stacy, rupa2nya ada Stacy.. ahahaha.. tak sangka lak.. walaupun tak dapat chat lama dengan Stacy, tp dia dah sebut nama aku pun dah kira ok la 2 kan..haha.. atleast dia igt aku lagi..hahaha.. yang lawaknya..Stacy on9 punya la lama smpai 250 minit la kalau tak silap tp dia tak chat.. mungkin dia tertdo depan laptop kowt...hehehe.. Anip kate dia baru lepas practice.. letih sgt la 2...
Masa tgh chatting dgn Anip dan kteorg dah ubh Chat Room 2 jadi mcm YM..ye la.. dah kami berdua je yg chat kan.. hehehe.. tiba2 aku dapat buzz kt YM.. aku igtkan siapa..rupa2nya Eshter OIAM.. wah.. tak sangka aku.. then aku ajak dia masuk kt Chat Room tp kt blog aku la..hehe.. nak gak promot blog aku ni..hiks... masa mula2 aku bagitau Anip, dia tak percaya.. dia igt aku main2..haha.. last2 muncul Esther di Stacy Frenz Chat Room.. yang bestnye pasal Esther ni.. dia satu kepala dgn kteorg.. aku pun mula la nak kenakan dia n jadi gler2 malam 2..tp Esther lagi giler2..hahaha.. mmg aku tergelak je sepanjang masa chatting 2..hahahah.. tp aku sempat snap gambar masa chat dgn Esther je.. huhuhu.. saksikanlah...
Monday, May 11, 2009
CHAQ @ KONSERT MENTOR 2 n MOTHERS DAY
Kali ni pertandingan antara mentor dan protege kumpulan A memang begitu hebat.. kesemua persembahan mmg menakjubkan.. seperti biasa, SFC dan CUZ datang untuk memberi sokongan kepada Chaq. Pada konsert malam 2.. Chaq telah menyanyikan lagu terima kasih cinta (lagu favourite Chaq) dan lagu Gagap duet bersama Ajai.. mmg agak lawak la tgk Ajai menari, tetapi tak mengapa.. yang penting semalam enjoy.. keputusan juri awam telah memberi kan Chaq 15 markah dan mendahului protege2 lain seperti Evo dan Feera yg masing2 mendapat 10 markah dari juri awam.. dan di penghujung konsert, Chaq telah mendapat markah yang paling tinggi dan meninggalkan pesaing2nya dengan mendapat jumlah markah 67.9%.. TAHNIAH kepada Chaq.
Esther OIAM pun datang tuk memberi sokongan.. Masa Chaq menyanyi lagu Gagap, Esther pun turut sama melompat2..
Sunday, May 10, 2009
Hari yang istimewa
Hari ni sungguh istimewa bagi keluarga aku.. bukan sahaja hari ini hari ibu.. tetapi hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ayah aku yang ke 55... aku rasa happy sangat sebab aku dapat raikan sekali 2 hari yang bahagia dalam hidup mereka.. Kepada mak aku, aku ucapkan selamat hari ibu dan terima kasih kerana menjadi seorang ibu yang penyabar dan tabah walaupun mempunyai anak yang degil... Kepada abah pula, semoga tahun ini, abah diberkati dan di murahkan rezeki..semoga keluarga kita bahagia selalu.. Ayie sayang mak n abah..
Read more...MISS YOU ALL OMD30C
Ni la gambar rakan2 kelas aku.. OMD30C... aku rindu sgt dengan dorang semua.. huhuhu.. gambar ini diambil 3 minggu sebelum aku masuk ward hari 2.. ni la gambar terakhir aku bersama-sama dengan rakan2 kelas aku.. lepas ni aku tak dapat 1 kelas dgn dorang lagi.. sedey you all..tp tak pe la.. kami semua still under satu fakulti iaitu FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI PEJABAT..
Saturday, May 9, 2009
BODOH
hmm.. tajuk kali ni BODOH... aku tye korang la.. apa perasaan korang bila ada org cakap korang semua bodoh?? korang marah or korang diam.. ok la..if aku kan.. aku akan diam.. bukan sebab apa yg orang 2 cakap betul..tetapi lebih baik kita diam kan.. aku ni bukan je pernah kena kutuk bodoh.. tp ada gak la sekali 2.. ada status mood orang 2 kat mysapce.. dia tulis cmni.. "hazri mmg sial"..
wah.. dia malukan aku di alam siber.. tak pe la.. aku terima je.. ok2.. balik ke topik bodoh tadi.. korang rasa org yg ckp 2 pandai sgt ker?? eh hello.. tak de yg lahir terus dapat mukjizat terus jadi pandai.. sebab apa kita belajar?? untuk jadi pandai kan..betul tak?? so sedar la.. sebelum kutuk2 orang..cakap course yang orang lain amik 2 untuk course budak2 bodoh..cermin diri sendiri dulu.. adakah kau layak nak panggil orang lain bodoh, sial dan sebagainya.. adakah sebab kau amik course yg banyak menggunakan nombor dan calculation menjadikan kau cukup hebat untuk kutuk orang lain dan course yang mereka amik?? jangan perlekehkan dan kutuk orang lain la.. tak de maknanye kau nak wat semua 2.. ok la..malas nak ckp byk..aku rasa korang le faham kan maksud post aku kali ni..
Dia..She...Her...
DIA...SHE....HER....
kenapa ek entry kali ni tajuk 2 ek.. ada sebabnya kenapa aku guna ayat 2.. ok2.. time to be serious.. Dia, dia adalah insan yg pernah bertahta di hati.. Dia pernah wat aku bahagia, ketawa dan macam2 la.. but she drive me crazy when she break up with me... maybe that is the good thing that happen to me.. it is her choice to break up with me rite.. pada mula mmg frust.. tp lama2 aku ok je.. tanpa dia..tak mungkin la aku jumpa dengan buah hati aku yg lebih pandai menjaga hati aku kan.. siapa lagi kalau bukan Mafil a.k.a Muff.. hehehe.. Muff lain dari dia.. byk sgt kelainan dia.. hehehe.. tp aku bukan nak cerita pasal Muff..tp pasal sesuatu yg terjadi kt aku lately.. pasal dia la.. F (bukan nama sebenar) yg kembali ke hidup aku.. aku mengaku yg aku sayang dia lagi.. tp bukan sayang cm dulu..sb kasih sayang aku byk kt Muff je.. hehe.. kami contact lagi.. tp lately aku tak suka dgn 1 perangai dia.. dia tak faham aku.. aku ada masalah..n bateri phone aku habis.. cmne aku nak contact dia kan..mmg la aku janji..tp dah adik aku sakit..nak wat cmne...
malas la pulak nk ckp byk.. if korang kt tempat aku..korang nak wat pe ek.. hmm.. if korang nak tau siapa dia.. klik di SINI...
out for now...
Friday, May 8, 2009
Tag kenangan silam..
1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!
Org yang tag aku adalah seorang Queen... Queen of tag.. hehehehe.. tak lain dan tak bukan.. Sis Riana.. hehe.. the famous blogger...
2)Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu...
ni yg masalah ni... sb aku tak suka amik gambar masa kecik2..lagi pun aku tak de camera or scan tuk letak gambar 2 kt dalam ni.. huhuhu.. nt dah ada gambar 2 baru aku letak k... sori sis...
3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)
1-Kuku jari manis aku pernah tanggal sb aku main rantai motor pak cik aku.. masa 2 sakit sangat2.. dan lepas 2 aku terus fobia nak pegang motor pak cik aku 2...
2-Masa aku di tabika lagi..aku pernah memalukan diri aku bila aku menangis masa 1st day g tabika.. ye la..aku tak pernah pisah dgn arwah nenek aku...
3-Perkara sedih yang berlaku bila nenek aku meninggal dunia.. aku menangis tak henti2 smpai aku jatuh sakit..
4-Ada 1 perkara ni..1 pengalaman yg amat pedih..tp malu nak cerita... dan kejadian ini la merupakan salah satu sebab aku tak suka laut smpai aku terus mabuk laut.. kepada yg dah tau 2.. hehe.. diam2 la k..hiks..
5-Perkara yg wat hepi adalah bila aku sentiasa dapat pelajar cemerlang..dari darjah 1 smpai habis tingkatan 5.. hehehe.. dan dari darjah 3 smpai tingkatan 5 aku steady berbaju biru..(Pengawas sekola)..wakakaka.. bangga diri la pulak..hehe..
4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil..
Nick name aku masa kecik2 adalah ayie..semua panggil aku ayie.. hehehe.. tp korang semua jangan panggil ayie..panggil je Haori or Erry k..hehe..
5) Tag kawan blog anda
>Virgonz
>kak Lyz
>Amelia
>Kelly (suka kena tag kan?)
>Flojerz
>Siti
>mizchocberi
Thursday, May 7, 2009
Mizchocberi bg Tag
Kamu dan Hiburan
Jawab soalan kat bawah ni....
1.Citer ape yang buat anda ketawa sepanjang menontonnye?
>semua cerita2 P.Ramlee.. tgk byk kali pun still gelak lagi..haha
2.Citer ape yg buat anda menangis?
>ada ke cerita yg berjaya wt aku nangis??
3.Citer ape yg buat anda marah?
>cerita yg tak masuk akal n ending ntah pape..
4.Citer ape yg anda suke sangat2?
>semua cerita P.Ramlee and Jackie Chan
5.Drama bersiri ape yg kamu tak pernah miss 1 episod pun?
>cerita pe ek. cerita nur ramadhan kt tv1 dulu.. masa 2 aku form 1 kowt..
6.Lagu ape yg paling kamu suka?
>Suka lagu Cinta yang ku duga oleh Stacy... touching giler..
7.Lagu ape yg paling kamu tak suke?
>lagu2 yang mengarut n lagu2 yang di ciplak
8.Lagu ape yg menggambarkan situasi anda sekarang?
>Lagu Cerah oleh Stacy..
9.Lagu ape yg boleh buat anda gelak tak henti2?
>Lagu P.Ramlee dalam cerita pendekar bujang lapok.. pok pok pok bujang lapok
10. Lagu ape yg boleh buat kamu menangis?
>Lagu Cinta yang ku duga
Tag siapa:
>Sis Riana
>Virgonz
>Faramielia
>kak Lyz
>Amelia
>Flojerz
Tag
bak kata sis Riana..tag ini menyeksakan... tp bagi aku tak de la seksa sangat.. hahaha.. aku ni kan suka wat tag..silap2 blog aku ni penuh dengan tag je...hehe..
What is your Fav perfume?
apa2 jenis perfume pun boleh..tp skrg ni aku pakai fantasia je..
Do you own a gun?
tak de lor.. salah di sisi undang2 jika memiliki senjata haram
Do you get nervous before doctor appointments?
Yup... sb aku bercakap dari pengalaman.. hehe.. doctor2 skrg ni amik darah pun tak reti..habis bengkak urat2 tangan aku..
What’s your favorite piece of jewelry?
erm... tak suka barang2 mcm ni..hahaha
Favorite hobby?
Chatting, Editing, Drawing
Name 3 thoughts at this exact moment?
lapar, letih, rindu kt seseorg
Name 3 drinks you regularly drink?
Plain water, 100 plus, milo ais
3 current worries?
kesihatan aku, pelajaran, pelajaran Muff
Current hate right now?
Orang yang tak le faham situasi aku yg tengah ad masalah skrg ni
Favorite place to be?
Sabah n Russia
Where would you like to go?
Konsert Mentor n Konsert Final AF (sebab Stacy ada)
What shirt are you wearing?
blue t-shirt
Favorite color?
Merah, Hitam, Putih, Biru
Would you be a pirate?
if cm rancangan Pirate Master 2 aku nak la..sb le menang duit kan..wahaha
What songs do you sing in the shower?
uik na... aku tak nyanyi masa mandi lor..
Favorite Girl’s Name?
Stacy, Muff, Toph
Favorite Boy’s name?
Edogawa Conan, Son Goku, Son Gohan, Son Goten.. wahahah
What’s in your pocket right now?
tak de pape pun... debu ada la kowt..
Last thing that made you laugh?
segmen anak2 ku dalam macam2 Aznil
Worst injury you’ve ever had?
Masalah buang pinggang n tulang belakang bengkok
Name 3 other words for penis?
Lu pikir la sendiri
Name 3 other words for vagina?
Next Question please....
Name 3 other words for tits?
Attoiiyaiii..tak nak jawab lor..
Named 5 person to do this tag.
Kak Lyz, Virgonz, Faramielia, Flojerz, Siti
Wednesday, May 6, 2009
1st time Flo tag aku..
Tag yg Flo bagi aku ni pasal HONESTLY... hehehe.. so, aku pun akan jawab dgn jujur.. waahahaahaha
What cloth you wearing now?
~Tshirt n track bottom
What colour is it?
~T-shirt: White ; Pant: Black
When your last meet with someone you love?
~Baru je tadi.. ada la dalam 2 jam yg lepas..jemput dia balik dari skola..
Do you want to meet him/her again?
~mesti la.. hahahhaha
What the last thing you eat?
~makan nasi lauk sup ayam..
Drink?
~Air kosong je.. doctor tak bagi aku minum air manis
Favourite food?
~apa2 yg berkaitan dgn ayam n daging..hehe
Favourite drinks?
~Air kosong kowt.. huhuhu
Favourite colours?
~Hitam, Merah, Biru, Putih
Favourite place to be?
~Rumah sendiri dan Sabah
Favourite song?
~Semua lagu Stacy, lagu2 P.Ramlee, n lagu2 yg ceria
Are you happy with your given name?
~Happy la.... bangga ada nama tau..
What is the one thing you like to do alone?
~apa ek... aku suka berseorangan bila aku rasa sedih.
What’s a major fear or yours?
~Allah
Do you know anyone famous?
~kenal gak la..tp kenal gitu2 je la.. Stacy, Chaq,
Describe your bed.
~wahahaha...kena gak ke.... jawapan aku.. rahsia...
What do you carry with you at all times?
~wallet, handphone
Do you prefer to stand out or blend in?
~emm...susah nak ckp.. no comment.. siapa yg kenal aku 2..tau la aku cmne..
What kind of first impression do you think you give people?
~entah la.. nak buat dorang gila dgn perangai aku ni kowt..wahahaha
Favorite communication method?
~Calling2, SMS, Chatting
What is your hidden talent?
~dah nama pun hidden talent kan..so.. rahsia...
Do you own a Bible?
~Nope.. im Muslim.. so i have AL-QURAN
Do you have a problem changing clothes in front of friends?
~pada mula mmg ad rasa janggal..tp dah lama tggl kt hostel..so dah biasa la..
What should you be doing instead of this?
~Go to Stacy Frenz blog n start chatting again..
Who was the last person who called you?
~Mami X....
Are you ready?
~ready for what?? tye la betul2... soalan tergantung ni..
What is the last gift you gave someone?
~Rantai leher kt Muff... hadiah ulang tahun yg ke 11 bulan
Does everything happen for a reason?
~Yup..
Do you consider yourself to be a nice person?
~Kadang2 la... tp ramai pk aku ni jahat.. hahahaha
Have you ever pierced your own body part or that of someone else?
~Nope.. hehe
Do you cry in front of your friends?
~Tak la... aku ni susah nak tunjukkan emosi2 sedih ni..wakakaka
Would you die to save the life of someone you dearly love?
~Yes...of course...
Do you have any married friends?
~Ada.. kawan aku 2, habis je SPM terus kawen...
Do you like thunderstorms?
~kadang2 takut gak la..sb laptop aku pernah di sambar petir lor..
What was your first job?
~kerja pertama?? hmm..lupa sudah..tp rasanya Quality Control Officer kt Adabi Consumer Industries Sdn Bhd
What’s the strangest thing that’s happened to you in the past week?
~tak de pape yg pelik berlaku...
You have a crush, don’t you?
~hahaha..mesti la ada...
Who?
~Ala..rasanya korang dah tau siapa...
Do you talk a lot?
~kadang2.. tgk mood gak la...
Who was the last person you talked to in person?
~Muff.. ye la..jemput dia dari skola kan..
What are your plans for the weekend?
~Ahad ni nak g konsert Mentor.. nak sokong Chaq... tunjuk ajar ku sifu..
How much money would it take for you to give up the internet for a year?
~rasanya tak de yg sggp bayar aku.. hahahaha..
Where’s your ideal marriage location?
~tak tau la.. mana2 pun boleh.. aku serahkan kt bakal isteri aku je la..
How long have you known your best friends?
~hmm dari kecik lagi..
What are you listening to?
~skrg ni ke?? if skrg aku tgh dgr Fort Minor.. remember the name...
What was the last thing you laughed at?
~ada la.. rahsia.. tp Muff yg wat aku gelak tadi..wahahaha.. mmg lawak giler tadi..
What do you wish you were doing right now?
~lepak2 dgn Stacy n Stacy Frenz...
What musical instrument do you wish you could play?
~tak tau la.. maybe piano kowt.. aku nk sgt pandai main piano cm P.Ramlee
If you could speak any language, which language would you speak?
~rasanya nak tau ckp Russian...
SIS RIANA
AMELIA
KAK LYZ
FATEYN ROZALI
ANN TEMAH
CAPIK
HANIF HISHAM
MRS X
WOOHOOMAE
FARAMIELIA
NIK HAFIZ
KOSE
Tag makan dari Riana...
Bila wat tag kali ni aku rasa lapar sgt la.. ye la.. dah la tengah lapar.. pastu tag pulak pasal makanan kan.. hehehehe..
ok2.. The Rules..
1. Senaraikan 10 picca of foods or drinks yang korunk teringin nak makan saat ini.
2. Carian hendaklah dilakukan dengan Google dan paparkan image paling menggiurkan.
3. Turutan gambar hendaklah mengikut nafsu keinginan anda masing-masing.
Cup Cake...huhuhu..dah lama Muff tak wat tuk aku.. hiks.. sedap sgt..
dan tag ini aku nak bagi kat
Ann Temah
Kak Abby
Capik
HanifHisham
Kak Lyz
Amelia
Siti