Monday, June 29, 2009

...

IM GOING TO



EVERYTHING


Read more...

Saturday, June 27, 2009

The Amazing Lost Malaysia

Semalam (26/6/09).. aku, Liza, Sis Vee telah pergi ke Putrajaya untuk menyelesaikan satu perkara penting dan ia merupakan P&C..so tak le gtau..haha.. tp tak setel pun lagi... byk benda lagi nak kena buat.. then habis je kt Putrajaya..kteorg pun menerbangkan diri bersama Liza terbang ke KL pulak.. 1st stop @ KL.. Times Square...sesampai je kt TS..Sis Vee n Liza pun rambang mata la.. ye la kan..perempuan kan lau dah tgk shopping mall.. faham2 je la... nak beli itu..nak beli ni.. hahaa.. tp dorang window shopping je.. sb kami ke TS adalah untuk buat survey bagi satu projek besar... then dah setel di TS, kami menyesatkan diri di sekitar jalan KL.. aduh..pe jadi ni.. aku yg biasa dgn jalan2 KL boleh lak jad blur semalam.. pe nak jadi aku ni.. so, tanpa segan silu, aku tye orang di sekitar masjid negara.. konon2 salah jalan..wakaakak..padahal nak cover malu je.. pergh..merah siot muka aku masa 2.. pusing2 akhirnya sampai gak ke Kuala Lumpur Convension Centre.. kami ke sana utk jumpa Mrs X.. dia ada booth kt sana (Kepada sesiapa yg berdekatan, sila lah singgah ke booth Mrs X).. then dah setel pe yg patut.. kami pun terbang menyesatkan diri untuk cari jalan kuar dari Kuala Lumpur yang tak pernah sesak 2.. hahaha.. kini baru aku faham perasaan orang yang masuk Amazing Race 2.. Thanks 2 Liza kerana membawa aku terbang n kepada Sis Vee yang sudi menaja makanan kami..


Tengah mencari jalan keluar..sesat dah ni..

Nak masuk bangunan pun smpat snap gambar lagi..huhu

ini lah dia.. dua orang yg begitu bersemangat

di booth Mrs X.. mari..datang la beramai2..

Sokong la barangan buatan tempatan...

Read more...

Friday, June 26, 2009

Arghhhhhhhhhhh

Aduh!!! Tensionya aku... dah la hari ni kelam kabut sikit n sesat masa cari jalan tadi... balik2..laptop aku lak rosak!!! Sengal betul la!!! dah la byk barang2 penting dalam laptop aku 2!!! skrg ni aku terpaksa guna PC lau kan on9... macam2 dugaan terjadi kat aku hari ni..

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Muff diberi ujian???

Kali ni Muff datang ke rumah aku bukan untuk suka2..tp kali ni Muff diberi ujian oleh mak aku..hahaha.. Ujiannya Muff kena masak, hidang n mcm2 lagi la.. hahaha.. kelakar pun ada gak aku tgk tadi..ye la.. Muff 2 tak pandai sgt masak2 makanan cmni..makanan style Filipin dia tau la..hahaha... tadi Muff kena masak ayam merah, siput sedut masak gulai, sayur campur..hahaha.. agak lama gak la dia masak tadi kan.. tp nasib baik boleh masak..2 pun sb mak aku tolong sikit..kalau tak..smpai esok la aku tak makan..hehehehe.. aku happy sebenarnya dengan hubungan aku kali ni..ye la.. bukan senang org luar nak amik hati family aku..tp dgn Muff ni..family aku automatik terus suka dia.. hahaha.. walaupun Muff ni baru 15 tahun..tp cara dia ckp macam orang yang berumur 20 tahun ke atas.. hahaha.. kira Muff ni lagi matured dari aku la..hahaha.. apa2 pun..Muff lepas ujian yang diberikan oleh mak aku.. Tahniah Sayang!!!...


Muff tgh hidangkan makanan..hahaha.. ckup berhati2..hahaha

Antara masakan Muff yang paling awal siap.. sedap wooo..

B4 makan pun sempat gak snap gambar berdua..hahaha

ni masa dah habis makan..jauh tak beza tggi kteorg??haha..tp tak pe..semua 2 tak penting..yg penting..kasih sayang..wah..ayat anak wayang..wakaka..

Read more...

Tag: Sahabat

Berikan sekurang-kurangnya 5 atau lebih nama kawan rapat atau kawan baik anda
jika anda tahu sila senaraikan nama penuh mereka
Dan jika anda rajin silalah sertakan gambar mereka


Mr Rizz | Rizzuan Arief


Yus | Yusri Nizam


Sham | NorSham (yang lelaki)

Krayong | Afiq Fadzal


Mira | Siti Nor Azifah Amira

1)ceritakan sedikit tentang kawan anda?

Rizz
Seorang kawan yang sentiasa menolong dan selalu bagi nasihat2 yang bernas dalam dunia percintaan.. dia mmg sangat pandai dalam bab memikat hati.. sangat gilakan Arsenal n suka lagu2 Faizal Tahir. Sangat setia pada yang 1. Thaks sebab teman aku kt hospital 1 malam hari 2 Rizz..

Yus
Seorang kawan yang juga sentiasa tolong kawan.. sangat mempunyai idea dalam memikat hati wanita.. sangat suka menghabiskan masa di tandas.. lau nak tggu dia siap g kelas mmg lama. Sangat suka main game n susah na setelkan assignment..hahaha..

Sham
Seorang kawan yang tak le duduk diam..suka kuar malam mencari mangsa..haha.. kalau nak tengok dia ada dalam bilik memang susah, kadang2 tak balik bilik langsung. . suka cakap pasal "silat" dia 2.. gelaran lain bagi dia adalah Beruang sebab suka kuar mencari mangsa..haha

Krayong
Seorang kawan yang sangat gilakan Star Wars...suka main game sims tapi sejak ada broadband..dia tak le duk diam, asyk on9 je sampai semua kerja tak siap.. masa mula2 dia dapat broadband, dia tak tdo malam hampir seminggu.. korang tanya la cheat game or pe je kt dia..mesti dia tau...dan dia berasal dari Kerayong, Bera, Pahang..dan sebab 2 la dia dipanggil Krayong..hahah

Mira
Seorang kawan yang susah nak diterangkan mengenai Mira ni.. dia seorang kawan yang sentiasa berubah2 mood dia.. pernah di skandalkan dengan Rizz..hahaha.. sangat suka tolong mengajar orang.. tambah2 subjek Math..


2)Adakah anda tahu nama timangan,nama manja atau nama gelaran mereka?

Rizz - Boy, Wan
Yus - Yussi sijam (Lect yg pggl dia cm2)
Sham - Plutch, Beruang, Brother Bear, Beruang Tambak
Krayong - Krayong
Mira - susah nak tau pe nama manje dia..sb tak pernah tau..haha..

3)kawan anda suka?

Rizz - Suka Arsenal, main game bola, buat sesuatu yang diluar jangkaan
Yuss - Suka buat style yang pelik, Suka download lagu
Sham - Suka kuar malam, suka pakai baju2 yang pelik
Krayong - Suka Star Wars, suka 0n9, suka tinggalkan orang (jalan laju)
Mira - Suka merajuk, suka diberi perhatian, suka buat org lain sentap, suka math

4)sila berikan tarikh atau tempoh anda mengenali kawan anda?

SEMUA KAWAN YANG AKU GTAU NI SEMUA AKU KENAL MASA SEMESTER 1 LAGI

6)pernahkah anda kecewakan kawan anda?

Pernah

7)apakah kawan-kawan anda selalu komen tentang anda?

Dorang ckp aku ni fanatik sangat kt Stacy, suka chatting, susah nak faham..hahaha

8)adakah anda menerima komen-komen mereka?

Yup...sebab pe yg dorang ckp mmg betul..hahaha

9)adakah anda rasa anda seorang yang baik terhadap kawan-kawan anda?

Tak tahu la.. mane le tanya aku..kena tye kawan2 aku la...

10)pernahkah kawan-kawan anda menasihati atau memberi semangat ketika berada dalam kesusahan?

Yup..byk kali dorang bagi semangat kt aku..

11)adakah anda sanggup berkorban untuk kawan-kawan anda?

Selagi aku hidup..aku sanggup tolong dorang

12)adakah anda selalu meluahkan masalah anda kepada kawan-kawan?

Tak jugak..aku ni kan suka pendam..hahaha..

13)apakah yang anda lakukan ketika kawan-kawan anda mengalami kesusahan?

harus la tolong dorang..aku ni tak le tgk org yg dalam kesusahan..

14)adakah anda gembira dan selesa bila bersama kawan-kawan anda?

Mesti la gembira...pe la..hahaha

15)siapakah yang ingin anda tag?

AMELIA
OLLYZ
MRS X
KOSE
KELLY
VIRGONZ
GURLZIE
FLOJERZ
SITI RUHANA
TNIE DCNIE

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Chill bersama Sara

Tgh hari tadi, aku dapat msg yg mengatakan Natasha Saira atau Sara (anak buah Stacy) tgh bosan duduk kt rumah dan dia ajak kuar tgk wayang..so, aku n Liza Terbang pun pergi la amik Sara kt rumah dia..pkul 3 baru aku n Liza smpai rumah dia.. kami pun g Mid Valley sb situ je yang paling dekat dengan rumah Sara... kami telah decide nak tgk Transformer..best gler cerita 2...hehehe.. tp wayang 2 start pkul 6.30, so kami pun g makan n window shopping skit.. sb Liza nak cari pakaian yang funky rock..hiks.. then Sara nak main game jadi kami pun g la arcade.. Sara ni hebat rupanya main game yang berkaitan dengan muzik..hebat gler.. then habis je main, kami tgk wayang dan sesudah 2..jam dah menunjukkan 9 malam, so kami hantar la Sara balik.. tp hari ni memang enjoy sb dapat lepak dengan Sara n Liza..thanks to Liza sb byk tolong erry hari ni..hehehe..

Liza n Sara..dorang berdua ni mmg kecik.. masa jalan dengan dorang, ramai yg igt aku jaga dorang berdua ni..huhuhu

Sara n me.. comei tak teddy bear yg Sara pegang 2?

Nak racing ni.. tp sempat borak2 lagi...hehehe

Tembak jangan tak tembak.. hebat Sara ni main game2 cm ni..

Ada bakat tak kteorg ni nak jadi sharp shooter??hahaha

Main game basketball... jauh tak beza tinggi kteorg ni?? hiks..

Read more...

Lepaking @ Stacy House

Aku pikir aku dah tak dapat jumpa Stacy lagi kan..tp alhamdulillah... ada gak rezeki aku untuk jumpa Stacy lagi..hehehe.. semalam ada sedikit jamuan kt rumah Stacy sempena mengalu-alukan kedatangan Mak Stacy, Puan Agnes ke KL.. tp yang sedihnya..aku n kak Vee datang lambat..huhuhu..ye la..kak Vee kena amik aku kt rumah..thanks ye kak Vee sb susah payah amik erry... smpai2 je kt rumah Stacy, dorang semua tengah hidangkan makanan..nasib baik sempat smpai..hiks.. habis je makan2.. ada la wat perbincangan sedikit.. dan kami semua balik pada jam 11.30 malam sb masing2 banyak kerja nak dibuat..huhu..lagipun kami kesian kt Stacy..Stacy perlukan rehat yang ckup.. tp Stacy tetap layan kami dengan baik. itu la kelebihan Stacy yang sentiasa menghargai peminatnya.

Ni antara gambar orang2 yg datang awal dan makan paling awal.. paling awal siapa lagi kalau bukan Anip..hahaha..semangat betul dia semalam..hiks..

Makan time..tp mane aku ek.huhu..ni la susahnya jadi photographer..mesti gambar aku takde..uhuhu

Ada pun gambar aku..hehehe.. liza pun dah terpengaruh dengan style tgn aku 2..hehehe

masa ni aku lambat snap gambar..liza makan 5 chicken wings n 3 kali tambah megi goreng..nampak kecik..tp mkn byk..hahaha.. Mami X pulak makan 1 mangkuk 2..hehehe..jangan marah ha....hahaha

Kose dgn Ann makan berdua depan laptop sambil tgk cerita romantik..hahaha..

Masa tengah berbincang..semua serious je.. maklumlah..happy2 gak...tp time meeting semua kena serious...

ni dia.. sebenarnya Cherry n Woohoomae (baby X) tgh lapar 2.. tp sempat gak posing tuk amik gambar... dorang dah 2 kali tambah makanan 2.. tp megi yg Cherry masak mmg sedap..


Aksi seorang yang gigih membelah durian.. Semangat betul dia..hahahah

Cik Temah yang tak sabar nak makan durian telah makan 3 biji durian sekali gus

Kak Vee dan Aunty Agnes.. kak Vee kata dia minat Aunty Agnes bukannya Stacy...katanya...hahaha

Kos yang tgh melayan perasaan sorang2.. kenapa ek??huhuhu

Dapat gak aku jumpa Stacy lagi..hehehe


Aku yang dah lama tak jumpa Flying Liza..rindu gak kat dia ni..wakakaka.. nampak aku lagi tua dari dia kan..huhuhu..

Read more...

Monday, June 22, 2009

Jejak Stacy di Tanjung Agas, Pekan, Pahang

Sabtu lepas, aku dan beberapa lagi Stacy Frenz iaitu, Mr Kose, Mrs X, Baby X, Tkvie telah pergi ke Tanjung Agas untuk mengikut Stacy. Pada mula jadual Stacy adalah ke Batu Pahat Mall di Johor tetapi tukar last minute. Kami semua pun buat keputasan untuk pergi berjumpa Stacy jugak. Sebelum kami sampai ke Tanjung Agas, kami pergi berjumpa Capik yang sedang di interview oleh pihak UiTM di Kolej Shah Putra, Kuantan. Kemudian baru kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Agas. Mmg susah nak cari tempat 2..kami terpaksa tanya orang di traffic light, di stesen minyak. Sampai saja di Tanjung Agas, Stacy tak de lagi kt situ.. then bila dah call Stacy, baru kami tau yang show Stacy bermula pada jam 9 malam.. lama la kami tunggu sebab kami smpai dalam pkul 5.30 petang..tp demi Stacy.. sanggup berkorban apa saja.. sementara menunggu show tersebut, ada yang tido dan ada yang buat kerja giler..hahaha.. Selepas show berakhir, kami semua terlalu letih untuk memandu pulang jadi kami pun menginap di Shahzan Hotel Kuantan di mana Stacy menginap. Kami makan2 bersama Stacy dan bergurau2..hahaha.. tapi, pagi sebelum check out kami tak dapat jumpa Stacy kerana Stacy terpaksa balik seawal jam 7.20 pagi. Dan yang buat aku sedih sikit adalah kerana ni la peluang terakhir aku jumpa Stacy sebab 5 julai nt aku dah balik ke kampus dan tak dapat jumpa Stacy lagi.....


Stacy berposing khas utk blog aku..tq Stacy..

Jumpa Capik di Shah Putra..

aku n Kos masa minum2 di R&R

Sampai je Tanjung Agas, dorang terus tdo..keletihan...

Posing2 sikit sb tgh tak de kerja masa ni..

Berposing di Pentas pulak sebelum kena halau dari pentas..hahaha

Sebelum makan..amik gambar dulu..hahaha

Cherry pun dah buat Style aku....hahahaha..tgk tgk Cherry

To Riana: aku saja amik gambar dgn Akim sb nak bagi Riana jelez..haha..Riana..tgk tgn Akim 2...hahahaha

Ni la kali terakhir aku amik gambar dengan Stacy b4 aku balik ke Kampus aku..huhu...anyway..tgk tangan Stacy..hahaha


*Terima Kasih kepada Mrs X dan Tkvie yg belanja kami mkn n penginapan kami

Read more...

Thursday, June 18, 2009

Tag: Bapa, Dad, Fuqin, Baba

aku agak terlambat buat tag ni sb aku busy lately.. ok2.. jawab tag..

Syarat-Syarat:
1. Letakkan gambar bapa anda di sini berserta nama penuh beliau
2. Jawab soalan-soalan yang diberikan

sorry, aku tak dapat letak gambar ayah aku sb ayah aku tak suka gambar dia diambil.. hanya boleh untuk IC/Lesen dan rasmi sahaja..

1. Apa keistimewaan bapa anda berbanding bapa orang lain?
Keistimewaan ayah aku adalah dia berbakat besar..dia boleh buat mcm2 kerja.. dari buat rumah,wiring, plumbing, repair kereta, photoshoot, shooting n mcm2 lagi la.. lau nak senaraikan mmg susah..


2. Kata-kata bapa anda yang masih lekat di hati anda?
Ayah aku pernah ckp ni masa aku kenalkan Muff kt family aku..dia kata "Kau nak kawen dengan siapa pun, agama apa pun, ikut ko la..jodoh ko.. tp yang penting, ko kena bertanggungjawab n jangan lupa tanggungjawab ko"..

3. Apa memori tentang bapa anda yang anda tak boleh lupa?
Masa 1st time ayah aku belikan aku tools box tuk aku masa aku masuk skola teknik dulu.. 2 1st time ayah aku belikan aku barang.. mungkin sb aku dapat masuk automotif kowt..huhu


4. Jika bapa anda adalah selebriti, selebriti mana paling mirip dengan bapa anda?
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

5. Anda pernah menangis kerana bapa anda?
tak pernah lagi.. mungkin sb aku tak rapat dengan ayah aku kowt..


6. Pernahkah pula bapa anda menangis kerana anda?
Tak pernah..susah nak tau pe perasaan dia yang sebenar..


7. Apa yang bapa anda sedang lakukan sekarang?
Tengah buat kerja.. dia tgh setelkan wiring kereta..


8. Apa makanan kegemaran bapa anda?
Ayah aku ni tak de makanan kegemaran.. semua dia makan


9. Apa persamaan yang wujud antara anda dan bapa anda?
Suka simpan perasaan n susah skit nak cerita masalah


10. Tag seberapa ramai kawan anda:

Amelia, Ollyz, kak Feeda, Kelly, Iera, Iejah

Read more...

The Wonders- All My Only Dreams

Siapa yang tengah bercinta dan tengah happy cm aku ni..korang dengar la lagu ni..mesti korang lagi happy.. love her so much!!

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Hari Bahagia

Hari ni aku happy sangat2.. bukan sb aku dapat jumpa Stacy, tapi ni lagi buat aku happy.. Hari ni aku kuar Study date dgn orang tercinta.. my Mafil.. kteorg kuar pagi tadi jam 6.45 pagi.. gler awal kan..hahaha..dia ponteng sekolah.. Muff nak sangat tukar folio dia.. dia tak nak buat pasal Melaka, tp dia nak buat pasal Bangunan Sultan Abdul Samad, dah la esok dia kena hantar.. hahaha.. mmg kelam kabut gak la tadi kan.. sesampai je kt situ, kami terus g kt dalam bangunan 2 then terus g galeri dia.. terus catat pe yg penting.. giler betul tadi.. yg tak sangka.. habis awal pulak 2..pkul 10 dah siap semua folio Sejarah dia.. hahaha.. tggl folio Geografi jer.. then kteorg la Perpustakaan Kuala Lumpur sb nak setelelkan Folio Geografi dia 2.. yg lagi pelik, tak smpai 15 minit, smua bahan dah ada.. then terus buat n siap semuanya.. mmg tak sangka la kan sb boleh siap tak sampai 1 hari.. then byk lagi masa terluang, Muff pun kata nak g jalan2.. so, aku amik kesempatan kali ni tuk celebrate anniversary kteorg sekali. aku happy sgt sb dah 1 tahun aku bersama dengan dia..masa kt central market, aku dengan selambanya pakaikan rantai kt dia depan orang ramai.. Malu sudah si Muff masa 2.. merah gler muka dia 2.. org yg kt sana ad yg tepuk tangan n ada yg gelak2..haha.. peduli apa aku.. yg penting aku bahagia dgn Muff.. then aku bawak Muff datang rumah aku tadi.. mak n adik aku suka sangat borak2 dgn Muff tadi.. n mmg aku rasa cm dah kawen je tadi.. ye la.. selamba je dia urut2 bahu aku depan mak aku lak 2.. hahaha.. Muff pun dah panggil mak aku mami.. mak aku pun dah sayang kt Muff n adik aku lagi la, dia tak tau nak panggil Muff kakak or apa sb Muff lagi muda dari adik aku.. haha..tp Muff n adik aku 2 sekepala.. hahaha.. masa nak balik, Muff hampir2 menangis sb dia tak nak balik.. dia kata dia happy sgt hari ni.. dia kata, dia dah anggap family aku cm family dia.. dia kata, ni la hadiah anniversary paling bermakna bagi dia...aku dengar dia ckp cm2 je aku dah happy sangat2 sebab family aku merestui hubungan kami.. ok la..apa2 pun.. aku nak ucapkan..

SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Konsert Mentor & After Konsert Mentor

First of all, aku nak ucapkan tahniah kepada Chaq kerana berjaya ke semi final mentor kumpulan A. Chaq melayakkan diri ke semi final dengan markah 190.9. Persembahan Chaq malam 2 boleh di katakan agak membahayakan kerana Chaq seperti tak beri 100%.. tp tak tau la.. ada sebab kenapa Chaq jadi mcm 2..tp apa2 pn Chaq dah berjaya ke semi final.. itu yang lebih penting.. Selepas konsert Mentor, kami semua lepak2 di Big Mug dan telah buat suprise birthday utk ollyz.. habis ollyz kena tepung...yang peliknya aku pun kena... terima kasih kepada Ann Temah sb menepungkan aku.. hahahaha..tp balasannya, Cik Temah kita pun kena tepung gak.. wakakkaka.... Mrs X siap amik krim kek 2 n sapu kat muka ollyz.. mmg lawak betul malam 2.. setibanya Chaq kt situ, dia pun turut di spray dengan agak teruk jugak la, tp lagi teruk org yang di spray oleh Chaq..hahaha.. akibat terlalu excited, kami semua pulang 1 pagi.. dah la esoknya aku kena MRI.. huhuhu.. tp apa2 pun.. mmg enjoy masa 2..

Read more...

Tag: The Return

1.Apa Perasaan Anda Sekarang?

  • Excited, Sedih sb tak lama lagi dah nak balik kampus.. tak dapat nak lepak2 dgn SFC sgt

2.Saya nak makan?
  • Nasi Goreng USA

3.Saya tak suka?
  • Orang yang suka cakap putar belit

4.Impian saya?
  • Nak dapatkan Dean List every sem.

5.Haiwan yang saya tak suka?
  • Haiwan yang haram, Ular, dan biawak.

6.Saya harapkan?
  • Semoga semua rakan2 saya bahagia selalu.

7.Jika boleh putarkan masa?
  • Hujung bulan 3 sebab aku tak nak sakit..aku nak sihat n boleh grade on time.

8.Saya pada 10 tahun akan datang?
  • Bekerja di pejabat kedutaan.

9.Handphone saya adalah sebuah?
  • Alat Komunikasi untuk berkomunikasi

10.Saya pernah bercinta sebanyak?
  • Baru 2 kali.

11.Saya suka pada?
  • Macam2 aku suka..hmm.. apa ek.. apa2 yg best la.

12.Kawan-kawan saya..?
  • Ada yang bagus dan ada yang suka amik kesempatan terhadap orang lain.(Tak suka org mcm ni)

13.Pernah dikhianati?
  • Pernah. Sangat sakit hati bila orang buat cm 2.

14.Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
  • Redha je la. Mungkin dia akan dapat pembalasan yang setimpal di akhirat nanti.

Senaraikan 8 orang untuk di Tag

-Capik
-Amelia Merah Jambu
-Kelly yang tak sabar kena tag
-kak Feeda a.k.a Chaqeeda
-Adacy
-Kak Abby
-Hanif Hisham
-Jasmin Jenor

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Result Final Exam

Hari ni, seluruh pelajar UiTM akan tau keputusan peperiksaan akhir mereka.. mesti ada yg gembira dan mesti ada yang sedih dgn keputusan mereka.. Kepada kawan2 aku yang berjaya dapat result yang bagus.. tahniah aku ucapkan kerana berbaloi dgn usaha korang selama ni.. kepada mereka yang tak berjaya, tak bermakna yang mereka tak bagus dan tak berusaha, mungkin nasib tidak menyebelahi mereka ataupun mereka salah mengulangkaji soalan2 semester lepas...tetapi, gagal sekali tak bermakna gagal selama-lamanya.. tp keputusan peperiksaan akhir aku jugak yang menarik... hahahaha.. nak tau kenapa.. tgk la kt bawah ni...



Dah tgk kan?? no records found.. hahaha.. mmg la no records found sb aku tak amik final exam pun..hehe.. thats mean.. pointer aku still maintain tp aku terpaksa ulang balik semester 3.. huhuhu.. tp tak pe la..bak kata rakan2 aku n Ketua Program aku.. mungkin ada hikmah disebalik semua itu.. hahaha..

Read more...