Sunday, January 11, 2009

AKTIVITI KOLEJ YG PERTAMA SEMESTER INI

semalam merupakan aktiviti kolej yang pertama, semalam adalah aktiviti Sambutan Maal Hijrah..akitviti kali ni, tak sistematik sebab pada semester lepas, bila student masuk dewan,kupon akan di berikan terlebih dahulu dan apabila aktiviti telah selesai, keratan kupon yang telah di tulis No. Bil. Kolej, akan di masukkan ke dalam peti kupon yang di sediakan. Tetapi semalam, kami tidak diberikan kupon aktiviti terlebih dahulu,dan pada akhir majlis, baru la ada pengumuman di buat dan pengumuman itu telah menyatakan bahawa kupon aktiviti tidak mencukupi kerana bilangan student yang hadir terlalu ramai. sepatutnya, pihak penganjur perlu menyediakan lebih kupon aktiviti tetapi mereka tidak melakukannya. Akhirnya, apa yang terjadi adalah, perebutan kupon di akhir majlis, dan sesiapa yang tidak dapat kupon, kena tulis nama dan pergi ke pejabat CiTU untuk tuntut kupon aktiviti.

Sebenarnya bukan 2 yang aku nak cerita. Aku nak cerita pasal akitiviti 2. Sambuatan Maal Hijrah kali ni telah di rasmikan oleh, mcm biasa lah..siapa lagi klau bukan pengarah kampus..kami semua dah biasa dah dengan ucapan panjang lebar pengarah kampus 2, walhal suruh rasmikan je..kemudian, ada susulan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Tahfiz negeri Pahang. Kemudian ceramah oleh En. Mohd Jufitri iaitu dari Setiausaha Agong Belia Negeri Sembilan. ceramah dia
memang touching, mengingatkan kepada nasib2 saudara2 Islam yang dalam keadaan bahaya dan sedang dalam medan peperangan. Kezaliman tentera israel di Gaza telah di bangkitkan dalam ceramah beliau..aku cukup tersentuh dan terasa geram dengan kekejaman israel 2..tp atas nasihat beliau, kita hendaklah sentiasa berdoa agar Allah membantu umat Islam dan jatuhkan israel...amin...
Kemudian aktiviti di teruskan lagi dengan persembahan kumpulan nasyid UiTM iaitu kumpulan Biss One..actually salah seorang anggota kumpulan 2 adalah kawan aku iaitu Amer..if korang nak tau..amir ni la yang drive kereta g Kuantan hari 2...hehehehe...dorang membawa sebuah lagu iaitu salamul salam..Kemudian
ada pula kumpulan nasyid jemputan daripada negeri Pahang iaitu kumpulan Hips(aku tak sure ejaan dia cmne)....pada mula aku ingt dorang bawak sebuah lagu je..last2, 4 lagu dorang bwk...if cmpur dengan intro n outro dan jadi 6...bila persembahan dorang dah habis, pe lagi..dapat tepukan gemuruh dari student2..(tepukan gemuruh 2 perli sebenarnya)..dan itulah aktivit kolej ku yang pertama..aku perlu pergi lag 11 aktivit ja..then ckup la untuk aku memohon kolej kediaman pada semester hadapan..insyaAllah.







yang pakai baju pink 2 adalah amer..hehe..
sorry la..kualiti gambar kurang baik..

0 comments: