Monday, August 31, 2009

Perempuan dan benda negatif

1st of all.. aku tak ckp benda ni kt semua perempuan.. adalah perempuan yang aku kenal ni..selalu sgt nak pk negatif.. aku tak msg, ckp aku ad perempuan lain... aku online..dia ckp aku ada perempuan lain.. hei.. pk la .. lau salah aku, aku mintak maaf la sb bangun2 tdo aku tak cari ko, tp ko fikir la.. ko sendiri faham keadaan aku dalam bilik aku ni kan.. lau ko tak msg aku gtau pape, aku faham..aku diam2 je..lau ko 2.. aku tak gtau mane aku nak g... aku dah bangun ke ape ke..ko nak marah2.. adil ke 2?? tp tak pe la.. aku sayang ko, aku biarkan je.. tp lau benda kecik, bangun tdo tak msg n call ko nak marah.. mmg xmasuk akal la.. sb aku online terus cari ko gak... tp ko boleh lak bantai ckp aku online sb ad perempuan lain.. mmg ko cari nahas la kan.. sabar aku ni pn ada had gak.. dah r.. lau aku ckp byk nt..ko pk yg aku ni gunakan ko jer.. ye la. 0TAK KO 2 PENUH DGN FIKIRAN NEGATIF tau tak??!!!! aku setia bagai nak rak.. ko still tak caye... hmm.. ko dah janji pun tp ko still cmni.. dah r.. mls nak pk lagi.. byk lagi benda aku nak pk.. ko 2 pk la benda yg sebenar... pk la secara rasional n positively.. out!!!

Read more...

Jiwa Merdeka - Stacy @ HIP Berita Harian

Jiwa merdeka!

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Zaidi Mohamad
bhnews@bharian.com.my







Stacy, Hafiz, Soo Wincci dan Prema Yin teruja dapat peluang hiasi ruangan Hip sempena Hari Kemerdekaan ke-52




MALAYSIA sememangnya amat unik. Dengan rakyat pelbagai bangsa, negara ini kekal aman sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu. Semangat bersatu padu tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit membolehkan Malaysia bergerak maju dalam suasana penuh harmoni.



Sempena sambutan Kemerdekaan negara tahun ini, dengan semangat 1Malaysia yang dilaungkan pemimpin serta rakyatnya, Hip berbesar hati mengundang empat artis muda yang mewakili pelbagai kaum di negara kita untuk menjayakan fotografi khas merdeka.



Mereka adalah juara terbaru program realiti Akademi Fantasia (AF7), Hafiz; bintang sedang mencipta nama yang juga juara AF6, Stacy; penyanyi yang juga Ratu Malaysia, Soo Wincci; dan penyanyi rock wanita yang baru saja muncul dengan album pertama, Prema Yin.



Masih baru dalam dunia seni, sebahagiannya belum pernah bersua muka. Namun, jelas sekali suasana tengah hari di studio Balai Berita pada 26 Ogos lalu cukup meriah apabila masing-masing bergelak ketawa dan bantu-membantu sepanjang sesi fotografi berlangsung, bagai sudah lama saling kenal-mengenali.



Nyatanya, Hafiz, Stacy, Soo dan Prema cukup berbangga bergelar rakyat Malaysia dan empat artis ini menunjukkan contoh bagaimana perbezaan yang wujud antara mereka sebenarnya boleh dijadikan pelantar terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan yang ada.





Stacy



"SAYA sentiasa memanjat kesyukuran kerana dilahirkan di bumi bertuah, Malaysia. Melalui bidang yang diceburinya kini, saya sedar setiap manusia yang bernyawa di bumi tercinta ini mempunyai sumbangan tersendiri dalam meningkatkan nama Malaysia pada mata dunia.



"Selagi mampu memberikan variasi terhadap jalur muzik yang diperjuangkan kini, saya tidak sesekali akan menghancurkan kepercayaan yang diberi peminat selama ini, hingga layak mengisi ruang seni. Apa yang saya lakukan bukan sekadar melepaskan batok di tangga, sebaliknya ia sebagai jaminan pada masa mendatang.



"Tidak kira apa juga bangsa, kaum atau warna kulit kita berdiri di bawah satu nama yang sama, yakni Malaysia. Dengan keamanan yang dikecapi dan harapnya ia akan terus berpanjangan, kita bebas melakukan apa saja tanpa ada langsung sekelumit perasaan takut.



"Sama-samalah kita mendoakan kegemilangan yang dirasai selama 52 tahun ini tanpa rasa prejudis. Pada Ramadan ini juga saya juga sering diundang untuk menyertai program raya yang lebih terarah kepada pembabitan artis Melayu. Seronok juga merasai pengalaman sebegini biarpun saya hanyalah gadis Kadazan Dusun.



"Saya juga diundang ke majlis berbuka puasa termasuk mendendangkan lagu raya. Saya tidak janggal menggayakan baju kurung yang sering dipakai wanita Melayu. Sedar atau tidak, ini menunjukkan simbolik keterbukaan masyarakat yang terus menjadi kunci kepada kemakmuran negara kita."

Read more...

Sunday, August 30, 2009

Stacy di Majlis Berbuka Puasa Power Root

Semalam ada majlis buka puasa power root kt restoran power root kelana jaya... mmg happening la.. Stacy dengan gelagat lucunya.. hahaha.. lau nak citer pun ssh sb kena ad kt sana baru le tau.. sorry tak de video.. tgk je la gambar..hehe.. enjoy...




*sorry..quality gambar agak teruk sb kamera phone je..

Read more...

Saturday, August 29, 2009

Mr Bean Malaysia

Read more...

Friday, August 28, 2009

Arsenal vs Celtic 3-1

Read more...

Happy Birthday Capik



SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE 19 CAPIK
SEMOGA PAJANG UMUR DAN BERJAYA SELALU

Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Need to be alone for a while

clear dgn tajuk entry 2 kan.. aku akan g somewhere yg boleh buat aku tenang.. family aku or sesiapa pun tak tau pasal ni.. aku tak bawak phone, laptop.. hanya bawak barang2 asas sahaja.. aku nak berseorangan sb memikirkan sesuatu.. aku dah byk berubah.. dulunya aku sorang yg suka g kelas tp sem ni aku byk ponteng kelas.. aku pun tak tau npe.. n lagi satu aku segan dgn beberapa orang yg byk tolong aku selama ni.. so.. aku nak pergi berseorangan dulu.. kalau entry ni dah di published..maknanya aku dah tak de kat KL or Jengka.. sb aku autopublish kan entry ni.. aku tau akan ad sesetengah orang akan cari aku..so, aku nak mintak maaf kt mereka yg mencari aku.. aku bukan tak hormat korang semua tp aku perlu bersendirian.. maaf sekali lagi.. nt aku dah balik.aku sendiri akan cari korang semua.. harap korang semua dapat memahami situasi aku.. tq...

Read more...

Sunday, August 23, 2009

ARSENAL vs portsmouth

Read more...

Saturday, August 22, 2009

Billy Jean VC

Read more...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Read more...

Monday, August 17, 2009

ARSENAL - 6 everton - 1

Read more...

H1N1 lagi...

H1N1 kini tahap tenat



KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.


Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.


Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.


Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.


Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.


“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.


Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.


“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.


Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.


“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.


sumber dari Utusan Malaysia

Read more...

Tabung Amal Karyawan/Suria FM

Semalam, Ahad ada jualan amal dari artis2 tuk peminat2.. n semua kutipan jualan akan di salurkan ke persatuan HIV Malaysia (aku lupa nama persatuan 2).. Stacy turut terlibat tp Stacy tidak dapat hadir sb Stacy ada show di Sabah.. jadi, Stacy telah mewakilkan kami, Stacy Angie Frenz untuk menjual barang2 utk tujuan amal.. walaupun keletihan tp untuk Stacy, aku sanggup jer... hehehe.. pagi2 lagi kak Ann n Nurt dtg amik barang2 utk di jual, aku n Mae ikut skali kak Ann sb nak setup booth 2 kan.. kteorg jual Baju Stacy Frenz, pen, gambar yg di tanda tangan oleh Stacy, Album Stacy n Poster. Ramai juga yang singgah di booth Stacy dan ramai juga yang tertanya2 di manakah Stacy.. bayangkan setiap pengunjung yang datang bertanya tentang Stacy.. namun, ketiadaan Stacy di situ, tidak bermakna tiada org yang berminat tuk beli barang2 dari Stacy Angie Frenz... paling laku adalah gambar yang di tanda tangani oleh Stacy sendiri.. actually gambar 2 Stacy sign masa di Melaka.. sebelum makan2 2.. (tgk entry yg lepas).. Jualan amal 2 habis pkul 6.. hasi jualan pun terbaikkk..

Tgh sibuk set up booth.. huhu..

Pembeli yang singgah di booth Stacy...

letih..tp tak pe.. untuk Stacy gak..hehe..

Read more...

Menjejak Stacy di Melaka

Sabtu lepas aku, Mrs X, Kose, Mae, Sniper, Nai'zle, Meow, Lana, Kak Abby n Suspect turun padang untuk menyaksikan jelajah 11 Era yang bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka... malam 2 mmg best sb bila nama Stacy di umumkan jer.. semua dah menjerit2.. pergh.. mmg havoc la.. Stacy perform 3 lagu iaitu Gagap, Aku Stacy dan Pakai Buang.. persembahan Stacy mmg TERBAIK!!! Habis je Stacy perform, lepaking sambil makan2 di tepi laut..(laut ke 2..malam, tak perasan) Tapi kali ni aku tak berani nak dekat dgn Stacy.. sb aku kan kena kuarintin..nt tak pasal2 Stacy sakit lak...huhuhu.. lagipun malam 2 Stacy nampak letih sangat...mane tak nya.. pagi 2 Stacy di Kedah then sebelah malam lak dia kt Melaka, esoknya pagi2 dia dah terbang ke Sabah dan keesokan harinya Stacy kena g Jakarta.. huhu..kesian Stacy..padat betul jadual dia kan.. nway.. aku nak ucap Thank You so much to Stacy sb belanja makan malam 2.. huhu.. thx sangat2... esok hari istimewa.. tp hari apa ek??? hehehehe..

Yeay!! dah smpai dataran pahlawan car park...

Stacy still manis dgn senyuman walaupun tgh letih..

tak dapat bergambar dgn Stacy, amik gambar dia pun jadi lah..

After makan2..hehe..kali ni aku kena masuk sb Stacy suruh ramai2..

Read more...

Friday, August 14, 2009

Wenger pertaruh Rosicky, Silva

LONDON - Selepas bersetuju dengan penghijrahan nama-nama besar, Arsene Wenger berharap kehadiran Tomas Rosicky dan Eduardo da Silva yang pulih daripada kecederaan akan menjadi pembimbing kepada pemain muda Arsenal sekali gus berjaya memenangi piala musim ini.

Keinginan penyokong untuk melihat Wenger menamatkan penghijrahan pemain berprofil tinggi dengan mendapatkan pemain dengan nilai yang mahal tidak kesampaian apabila pemain pertahanan, Kolo Toure dan penyerang, Emmanuel Adebayor berhijrah ke Manchester City.

Bagaimanapun, pengurus berbangsa Perancis itu hanya mendapatkan pertahanan tengah dari Ajax Amsterdam, Thomas Vermaelen dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pemain tengah Republik Czech, Rosicky dan penyerang Croatia, Eduardo yang dilihat sebagai pemain baru apabila tidak beraksi semusim akibat kecederaan.

Rosicky tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan urat pelipat lutut menakala Eduardo pula mengalami kecederaan pangkal paha selepas patah kaki pada Februari 2008.

Berjaya mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara musim lepas membuktikan pemain mudanya berbakat tetapi berada di tangga keempat Liga Perdana England (EPL) menunjukkan masalah konsisten menjadi penghalang.


Rosicky kembali beraksi di sisi ketua pasukan, Cesc Fabregas, Samir Nasri dan Andrei Arshavin seterusnya meningkatkan lagi kreativiti di bahagian tengah dan membantu membuka peluang kepada pasangan penyerang, Eduardo dan Robin van Persie.


"Saya tidak lihat apa sebabnya kami patut berasa takut, saya hanya melihat potensi yang dimiliki kami di bahagian serangan.


"Sudah tentu kami tahu kami perlu melakukan yang terbaik, kami mempunyai kemampuan untuk melakukannya, kami melihat dari sudut positif," kata Rosicky dalam laman web kelabnya, (www.arsenal.com). - Reuters


sumber dari Utusan Malaysia

Read more...

Tengku Mahkota Pahang bimbang wabak H1N1

Apa tahap bahaya

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my




Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1



KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar), mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.



Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.


"Kerajaan perlu memaklumkan berapakah jumlah kematian akibat H1N1 yang boleh dikategorikan negara berada di tahap bahaya. Saya ingin tahu kita sekarang berada di tahap mana?



"Ini umpama bencana banjir yang biasanya kita kategorikan tahap bahaya sama ada pada tahap satu, dua atau tiga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.



Semalam, tujuh lagi kematian akibat H1N1 dilaporkan menjadikan angka korban meningkat kepada 51 orang. Sebanyak 2,350 kes H1N1 pula disahkan sehingga kelmarin, tetapi angka terbaru kes itu tidak diumumkan semalam.


Isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan lima anakanda mereka � Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, 14, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, 12, pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, 9, serta Tengku Puteri Jihan Khalsom 'Athiyatullah, 7, turut dijangkiti wabak itu.



Bagaimanapun, keadaan Tengku Puan dan lima anak baginda yang dirawat di wad diraja Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan sejak Jumaat lalu, kini semakin pulih.



Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu.



"Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.


"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah?



"Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa. Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini.



"Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.



Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.



"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat.



"Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan. Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah.



"Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda.



Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.



Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1.



Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya.



"Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.


sumber dari Berita Harian

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Ke Medec lagi...

Hari ni aku ke medec(*medec - Klinik dalam UiTM) lagi.. kepala aku sakit sangat, selsema, batuk2, then belakang aku pun dah bertambah sakit.. kali ni aku kena tambah kuarintin lagi...sedey2.. dah la hari ni ad test, esok pun ada test..tp tak pe la..kesihatan lagi penting.. doctor pun siap ckp kt aku yg aku ni kena byk rehat tambah2 sakit belakang aku 2 tambah teruk.. hmm...smua ni dugaan.. kali ni ubt yg aku dapat ad skit kelainan dari selalu..sb ubt tahan sakit aku ditambahkan dos.. maybe sb dah tambah teruk kowt..nasib2..aku pasrah jer..

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Boss aku

aku nak citer skit pasal boss aku sebagai tanda terima kasih yang teramat sangat..huhu.. ye la.. boss aku ni byk tolong aku.. eh2..jap2..lupa lak aku gtau boss yg mane..heheh.. cm yg you all tau aku ni tak kerja lagi..boss yg aku ckp ni boss dalam Biro Event dalam Stacy Angie Frenz.. dia bukan cm boss jer..dah cm best friend dah..hehe.. byk tolong nasihatkan aku pasal something.. hehehe..n aku nak ucap tahniah sb majlis yg di rancang iaitu Stacy's Birtday Party 2 menjadi..walaupun dia kena marah masa hari 2..huhu.. gimmick yg dia buat menjadi... Tahniah boss!!!... aku bangga menjadi assistant dia..



ni la boss aku..cik Lana a.k.a FARAMIELIA a.k.a Lana On Jer


ya..gambar ni la yg tiba rasa nak amik masa corntoz dulu..huhu..

gambar aku crop..sorry kepada yg kena ptong 2.. gambar ni masa event..


gambar ni pun masa event..tp aku tutup mata sebab mata aku sakit kena flash..huhu


Read more...

Tuesday, August 11, 2009

H1N1 di UiTM Khazah Alam

aku agak terkejut gak bila lecturer aku ckp dalam kelas tadi..huhuhu... lect aku ckp yg hari ni je dah 100 org kena kuarintin.. huhu.. gila kan.. sorang 2 dah mmg sah2 H1N1..tp bukan budak course aku la..budak DPIM (Diploma Planting Industries and Management)..huhuhu.. makin bahaya skrg ni..dah makin banyak mask rider kt UiTM Khazanah Alam ni... aku lak bosan kena duk dalam bilik jer.. kena kuarintin la katakan..huhuhu.. bosan tahap gaban...tp tak pe la..mudah2 an semua ni akan berakhir dgn baiknya..huhu.. amin...

Read more...

Bekalan vaksin H1N1 di tambah

Bekalan vaksin H1N1 ditambah

Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my


PELAJAR Sekolah Menengah Presint 9 (2), Putrajaya memakai topeng penutup muka ketika mengambil peperiksaan, semalam.

Peruntukan segera RM20j beli Tamiflu, Relenza



KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM20 juta bagi menambah stok bekalan antiviral Tamiflu dan Relenza sebagai langkah segera bagi mengawal penularan wabak Influenza A (H1N1) yang sehingga semalam mencatat 32 kematian dan 1,983 kes di seluruh negara.


Selain itu, kempen besar-besaran akan dimulakan minggu ini bagi memberi panduan dan menyedarkan orang ramai mengenai bahaya wabak itu.



Dua langkah itu diputuskan dalam perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, semalam.


Najib berkata, stok Tamiflu dan Relenza akan ditambah 10 peratus lagi daripada jumlah penduduk negara menjadikannya 20 peratus supaya lebih ramai rakyat mendapat suntikan antiviral itu.


"Antiviral itu akan dibekalkan secara meluas ke hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Institut Jantung Negara di sini.

Turut hadir, isterinya yang juga Penaung Yayasan IJN, Datin Seri Rosmah Mansor dan Liow.

Perdana Menteri berkata, kempen kesedaran H1N1 pula diadakan kerana proses pendidikan awam paling berkesan untuk mengekang penularan wabak itu.


"Menerusi kempen besar-besaran termasuk menggunakan media massa, rakyat akan diberi panduan mengenai langkah pencegahan wabak itu.



"Sekiranya mereka demam, maka langkah paling baik adalah berehat di rumah sehingga pulih kerana kalau keluar, takut akan menjangkiti orang lain.



"Walaupun mereka berada di rumah, mereka juga dinasihatkan memakai topeng supaya tidak menjangkiti anggota keluarga lain," katanya.


Ditanya sama ada kerajaan bercadang menguatkuasakan sekatan perjalanan, Najib berkata, langkah itu tidak perlu kerana wabak berkenaan sudah melanda hampir semua negara di seluruh dunia.



"Pandemik ini berlaku di seluruh dunia (jadi) tiada makna untuk kita buat sekatan perjalanan," katanya.


sumber dari BERITA HARIAN

Read more...

Chelsea mengalahkan Man Utd

PENJAGA gol Chelsea, Petr Cech (kiri) mudah menyelamatkan cubaan Dimitar Berbatov (dua dari kiri) dalam saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, kelmarin.

Kecederaan Nani jejas rancangan United selepas kehilangan Ronaldo, Tevez

LONDON: Sir Alex Ferguson kini berdepan saat penuh ghairah mencari jawapan apakah ia satu tamparan awal selepas Manchester United tewas kepada Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Perisai Komuniti, kelmarin.


Pengurus berbangsa Scotland itu harus memikirkan dengan mendalam situasi dalam pasukan dengan kecederaan menimpa Nani yang boleh menjejaskan rancangannya selepas kehilangan dua tonggak - Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.


Dalam bahang itu, dia turut melepas rasa geram gara-gara kemarahan ke atas pemain Chelsea, Michael Ballack dan pengadil perlawanan, Chris Foy selepas mereka tewas kepada lawan dari Stamford Bridge itu.


United tewas 1-4 selepas masa penuh permainan berakhir seri 2-2 di Stadium Wembley tetapi Ferguson melenting dengan insiden pada babak kedua, khususnya rempuhan kasar Ballack ke atas Patrice Evra apabila pemain Jerman itu menyiku lawan ketika Chelsea menjana serangan mendapatkan gol kedua menerusi Frank Lampard sejurus selepas itu.


"Jika pengadil nampak secara terang ia adalah kesalahan kad merah," kata Ferguson yang mendakwa pengadilan tidak konsisten ditunjukkan oleh Foy.


"Dia menyiku pemain kami dan ia amat jelas. Dia harus melihatnya. Sekurang-kurangnya dia boleh menghentikan perlawanan."


Dalam penentuan penalti, Salomon Kalou muncul wira pasukan Chelsea dengan sepakan penalti kemenangan untuk memberi Carlo Ancelotti trofi pertama selaku pengurus baru.


Sementara itu, Nani sudah pasti akan terlepas aksi menentang Liechtenstein dalam siri persahabatan, esok dan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Birmingham. - AFP


Credit to BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my

Read more...

Monday, August 10, 2009

ARSENAL!!!


kepada penyokong2 MU...now adalah zaman kebangkitan ARSENAL..hahaha...

Read more...

M.U kalah... yeay!!!!!

aku agak teruja dgn keputusan malam tadi apabila Chelsea mengalahkan M.U 4-1... ye..ulang sekali lagi ye.. Chelsea mengalahkan M.U 4-1.. wakakaka.. happy giler aku..selalu aku kena kutuk sb Arsenal kurang menyengat tp skrg ni Arsenal akan bangkit semula.. hahaha... kepada penyokong2 M.U terutama sekali Anip, Capik, Lana, Ann Temah, Kak Abby n sesiapa je la.. aku nak cakap satu jer.. jgn selalu kutuk pasukan lainl kerana MU sendiri dah kalah malam semalam..wakakakaka.. ARSENAL ARSENAL ARSENAL

tgk saja wallpaper ni.. ARSENALl dah tembak MU.. wakakaka

Read more...

Sunday, August 9, 2009

Program Pembangunan Pelajar


Semalam n hari ni dah berlangsung Program Pembangunan Pelajar a.k.a PPP.. sebenarnya PPP kali ni yg aku ikuti adalah PPP part 3..disebabkan last sem arwah atuk aku sakit, so, sem ni aku terpaksa repeat PPP.. next week ada lagi PPP utk Part 4 lak..huhuhu... dgr citer PPP part 4 kena masuk hutan.. pe motif masuk hutan ni...huhuhu.. ok2.. pasal PPP yg aku join semalam.. dah la aku terbangun lewat smpai2 je kt kelas 2.. dah start..huhu.. pe lagi..jadi bahan perhatian la aku ni..dgn memakai mask.. lecturer 2 suruh aku duk kt group 1.. tiba2 je dia suruh start meeting... aku yg tgh2 blur ni pun.. main ckp je..last2..dapat pujian sebab aku baru je masuk tp dah le tangkap pe maksud meeting 2 n bagi idea yg bernas.. (kembang dah ni.. hehe).. 2 baru modul 1... buat meeting.. modul 2 lak kena bentangkan project.. yg ni aku just lukis je..ye la..dorang buat pasal design building..so, aku terpaksa la lukis memandangkan dorang semua suruh aku lukis.. group aku dapat pujian sekali lagi sebab projek kteorg 2 berwarna warni.. hahaha.. smpai lecturer 2 kate ni mesti masa kecik2 tak pernah masuk pertandingan mewarna sebab 2 lepas geram sekarang..huhu..
Hari ni lak.. PPP modul 3.. ceramah jer.. huhuhu.. bosan tahap gaban aku dalam DSG tadi..dah la sejuk n membuatkan semua terlentok mendengar ceramah yang mendatar 2.. huhu.. tak de lawak, tak de pe..penceramah 2 ckp ikut skrip..dah la lama.. huhuhu.. dari pkul 8 smpai pkul 1 ceramah 2.. nasib baik time rehat dorang ada bagi makanan..huhu.. 2 pun tak ckup smpai berebut2 cm pelarian yang kelaparan..huhu.. tp bagi aku la kan.. aku dah lega sikit..sb PPP part 3 aku dah lepas.. tggl PPP part 4 je next week.. huhu..

Read more...

Saturday, August 8, 2009

Stacy di Festival Filem Malaysia

aku tak dapat tgk FFM tadi sb kt sni tak de astro..tp aku nak ucapkan jutaan terima kasih kt Straberry9204 sebab cepat sangat uploadkan video persembahan Stacy.. Thx..

Read more...

Cik Suci selepas jam 12 malam....

entry kali ni mmg aku post khas tuk Cik Liza a.k.a Cik Suci yang suka terbang.. selama aku kenal dia ni.. tak pernah aku tgk dia stay lepas jam 12 malam.. cinderella katanya.. tp akhirnya masa malam event 2.. aku berasa begitu teruja sekali (sila abaikan ayat teruja 2 k..) bila for the first time.. aku tgk cik Liza after jam 12.. pada mula dia nak sangat balik..last2..Stay gak kt hotel 2.. huhuhu.. bagi orang lain yg tgk sama je lepas jam 12 malam..tp bagi aku nampak luar biasa sb 1st time kan tgkcik Liza kita ni after jam 12.. hehe.. aku sempat gak la snap gambar dia kan.. yg gambar ramai2 2 aku crop la.. huhuhu.. lagi 1 gambar ni tak tau la dia perasan ke tak aku snap.. tp apa2 pun..sorry Cik Liza..huhuhu..


dua gambar kt atas ni kecik sb aku crop..huhuhu.. ni semua gambar after jam 12 malam.. korang rasa sama ke tak muka dia yg b4 jam 12??..hmmm


aku tak tau la lau Cik Liza perasan ke tak aku snap gambar ni masa kt KFC..huhuhu..


ni bukan gambar after jam 12.. cuma nak gtau jer.. JANGAN SMS SEMASA MEMANDU.. ingatlah orang tersayang.. huhuhu.. jangan ikut tabiat ini ye adik2..
(jgn mrah cik Liza)


Read more...

You are not alone.. khas untuk si dia...



Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone

'Lone, 'lone
Why, 'lone

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone...

Read more...

Friday, August 7, 2009

SIAPA???

SIAPA YANG CARI PASAL DENGAN AKU KT CHAT ROOM?? SILA BERANI TAMPILKAN DIRI ANDA?? AKU NAK TAU SANGAT KENAPA KAU DELETED MSG2 AKU?? AKU TAK MENCARUT PUN.. TAK SAKITKAN HATI SESIAPA.. KALAU NAK TRY DELETED MSG PUN, TYPE LA SENDIRI THEN DELETED LA SENDIRI!!! AKU TAK FAHAM LA..KENAPA SEMUA ORANG TAK PUAS HATI DGN AKU!! NAK AKU MATI KE BARU SEMUA PUAS HATI??? AKU DAH LA DALAM KEADAAN TERTEKAN!!! JANGAN CARI PASAL DENGAN AKU LAGI!!!

Read more...

Korang Memang Kejam bahagian 2



1st of all.. aku nak gtau.. SFC tak de kena mengena dgn entry korang mmg kejam ni.. SFC dah mcm family aku.. SFC mmg terbaik.. so.. pasal "korang" yang aku ckp 2 adalah org lain.. now, aku ni cm org yg tak wujud "di sini".."korang" 2 mane ad tgur aku.. aku tgur pun "korang" 2 tak layan aku.. tadi "korang" 2 makan tp tak pelawa aku..tau la sem ni aku tak berduit sangat, "korang" 2 buat aku cmni lak.. "korang" 2 skrg ni g makan mane ad ajak aku.. ye la.. mesti "korang" 2 pk yg nt kena blanje aku lak.. aku tak batak la duit "korang" 2.. aku susah2 pun, tak makan pun, aku tak mintak pun makanan "korang", air "korang".. "yg korang" pakai iron aku, water heater aku.. ada tak aku berkira?? yg korang minum air aku smpai habis tak pe lak?? padahal aku tak minum setitik pun air 2.. ada aku berkira ker?? "korang" pakai broadband aku smpai corrupt, ada aku bising?? semua aku pendam.. aku malas nak cari gadoh.. ok la...yang tadi 2.. tau la esok besday salah sorang dari "korang" 2.. tp sanggup korang 2 plan tak nak bawak aku.. eh..aku dgr la...time 2 aku tak tdo lagi..just baring2 je..korang bisik2 pun aku dengar la wei... dulu masa aku berduit skit, ad kete.."korang" bukan main baik lagi dgn aku.. baru aku sedar.. korang ni kawan bila senang je... tak pe la.. cmni lah nasib aku agaknya kan...

Read more...

Raja Pop disaman lagi

LOS ANGELES 6 Ogos - Sebuah akhbar Korea Selatan menuntut pembayaran ganti rugi hampir AS$7.9 juta (RM27.6 juta) dari estet milik Michael Jackson kerana pembatalan konsert pada 1990.

Akhbar The Segye Times telah memfailkan rekod mahkamah di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Isnin lalu, untuk menuntut keutamaan perintah bayaran AS$4 juta (RM14 juta) ke atas Katherine dan Joe Jackson serta Jermaine pada 1994 kerana pembatalan konsert.

Nilai tuntutan itu meningkat hampir dua kali ganda kerana kadar faedah telah terakru.

Akhbar itu memfailkan saman terhadap mereka pada 1990 di Contra Costa atas dakwaan anggota keluarga Jackson tersebut menerima bayaran sebanyak AS$5.5 juta (RM19.3 juta) untuk beberapa siri konsert. Konsert itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan dan akhbar itu memfailkan saman dan Michael Jackson turut dinamakan sebagai defendan.

Bintang legenda pop itu telah menyelesaikan tuntutan ke atas beliau dalam penyelesaian di luar mahkamah pada 1992. Tidak dapat dipastikan sama ada estet miliknya boleh digunakan dalam tuntutan tersebut.

Rekod yang difailkan di Los Angeles menunjukkan seorang hakim telah membicarakan kes itu pada Februari 1992. Tiada satupun anggota keluarga Jackson yang tersenarai dalam tuntutan menghadiri perbicaraan dan keputusan terhadap Katherine, Joe dan Jermaine dimasukkan.

Keluarga Jackson kemudian meminta agar perbicaraan baru dibuat namun ia ditolak.

Katherine adalah satu-satunya yang tersenarai sebagai penerima faedah estet anak lelakinya itu. Dia yang kini berusia 79 tahun dan tiga cucunya dinamakan sebagai penerima estet Jackson dalam bentuk dana amanah peribadi.

Tuntutan itu juga tersenarai dalam petisyen muflis yang difailkan Katherine dan Joe di Los Angeles. Ketika itu, pasangan tersebut mempunyai hutang sebanyak AS$24 juta (RM84 juta) termasuk tuntutan mahkamah, pinjaman kenderaan dan hutang kad kredit. - AP

sumber dari utusan Malaysia

Read more...

Sehari Sebelum Event

Mcm ni la suasana sehari sebelum event.. semua kelam kabut.. tp berjaya gak diatasi.. apa yang penting.. Kerjasama!!!

Mami X dgn Liza tgh bincang pasal seat n Kak Vie n Abg Lan tgh bincang pasal backdrop

dari sudut ni lak, kita dapat saksikan Lana (my boss) tgh sibuk dgn laptopnya...abg Lan still dgn backdropnya, Mami X n Liza still tekun menghadap laptop

Ni dia Floor Manager yang pening kepala malam event 2.. time ni pun dia tgh pening gak 2...hehehe

Ni malam 2 lak.. makan2 sambil meeting.. time makan baru ada gambar aku kan.. huhuhu..nampak sangat aku tak buat kerja.. hehe

ni lak, kak Vie n Liza g amik barang2 sponsor..nampak tak corntoz kt belakang 2?? penuh kete kak Vie masa 2.. huhu.. tak tau la cmne liza nak tgh rear view mirror 2 kan..kehkehkeh..


Read more...

Thursday, August 6, 2009

KORANG MEMANG KEJAM!!!

KORANG MEMANG KEJAM!!!
SELAMA NI AKU DIAM JER!!!
SELAMA NI SEMUA BENDA KORANG JE YANG BETUL!!!
KORANG TAK LAYAN AKU BILA AKU DAH JADI CAM NI!!!
AKU SEDAR AKU TAK MACAM DULU!!!
TP KENAPA KORANG BUAT AKU MACAM NI!!!
AKU TAK PERNAH MINTAK APA2 DARI KORANG!!!
KORANG PINGGIRKAN AKU KAN!!!
KORANG BUAT AKU TAK WUJUD JE KAN!!!
OK FINE!!!


Read more...

Wednesday, August 5, 2009

Birthday Party Stacy

aku agak pending la nak update blog pasal birthday party Stacy ni..bukan sebab pe..sb terlalu busy..huhuhu.. aku tak tau nak taip pe ni sb aku letih sgt sb baru smpai kt jengka ni..nak letak gambar pun, gambar semua sama dgn yg ad kt Blog Stacy..huhuhu..so, tgk je la apa yang ada...enjoy....


Stacy bergambar bersama AJK Stacy Angie Frenz

Stacy sedang menerima trofi dari Stacy Angie Frenz sempena 1 tahun bergelar Juara AF

Chaq pun turut hadir pada majlis tersebut

Stacy bersama family n rakan2 artis ketika majlis memotong kek

asal amik gambar dgn dorang je mesti aku kena tunduk..huhuhu...

Sama tak warna krim kt muka aku n kt rambut Stacy..hahaha



Sebenarnya gambar ni b4 event Start..tp malas nak susun..huhuhu..smart tak pic ni??

tgh tggu guest datang..

lain2 gambar klik SINI

Read more...

Monday, August 3, 2009

Today is the day



Setelah merancang kurang dari sebulan, dengan bertungkus lumus kami berhempas pulas untuk supaya birthday party Stacy ini meriah dan berjalan lancar, akhirnya tiba juga harinya.. aku rasa cm nak update je yg pasal perancangan selama ni..tp aku rasa, better aku post entry 2 after the event..ye la..dah tak sempat untuk aku update gambar2, nak citer2 lagi..huhuhu... Rasa nervous pun ada gak ni sb event ni besar n wartawan pun datang.. pergh...mmg rasa gementar gila.. ni lebih daripada gugup gagap erry ni..*hanya sesetengah orang je yg tau apa gugup gagap erry.. ok2.. back to business..hehehe.. aku harap sangat event malam ni meriah.. so, kepada korang yang still nak datang, masih boleh lagi... marilah datang beramai2 memeriahkan Majlis Hari Jadi STACY yang ke 19..

Read more...

Saturday, August 1, 2009

Anak Wayang

Semalam, aku, Uncle, Aunty, Tkvie, kak Abby, Lana n Ah Mae g ke Putrajaya International Convenstion Centre utk program anak wayang.. actually bukannya sb kami sokong mane2 peserta tp sebab Stacy buat show malam 2 sb 2 la kami g.. hehe..aku nak ucapkan terima kasih sangat2 kt seorang akak ni sb dia bagi aku n Ah Mae tiket VIP.. wah..first time aku dapat tiket VIP ni..hahahah...anyway.. pandai betul tektik Astro ni..dorang biarkan persembahan Stacy waktu last2..huhuhu.. smpai jam 1 aku tggu Stacy muncul.. bosan gak tggu 2...tp demi Stacy, tak pe.aku sanggup...hahaha.. tp kesian gak kt Stacy malam 2..dah la dia buat show last, then lepas je dia buat show, Stacy kena naik flight g Pekan, Pahang utk satu lagi show keesokan harinya..huhu... hope Stacy sentiasa sihat selalu.. yang terbaiknya bila show Stacy yg semua org tunggu2..mmg terbaik!!! sekali lagi Stacy menyelamatkan keadaan.. dah la anak wayang malam 2 agak hambar..bosan giler.. Stacy menyampaikan lagu tribute tuk MJ iaitu lagu you are not alone, they dont care about us n smooth criminal..cuma 1 je la.bekas anak wayang naik pentas dan merosakkan show Stacy..geram betul aku.. tp tak pe la.. puas hati dgn show Stacy..Stacy the best!!!



bergambar dulu kt luar dewan B PICC

tiket VIP yang aku dapat.. thx to akak 2..(tak sempat tye nama)

bekas2 peserta anak wayang

aku rasa segmen ni yg buat aku gelak.sb ad din beramboi n Pak Nil..

Din Beramboi n Pak Nil berjaya buat tonton tertawa sementara tggu Stacy muncul

ni la juara ank wayang..tp aku tak tau nama dia..sb masa ni aku tgh excited tggu Stacy perform



sebenarnya tggu Stacy perform la..hehe..gambar tak de sb aku rakam video ni..huhu..tp tak pe la.. janji dapat kan..hehehe

Read more...