Filem Hari-Hari Terakhir Michael Jackson
Susunan Ellyna Ali
LOS ANGELES, 22 JULAI 2009: Sebuah filem Hollywood yang menggunakan rakaman footage Michael Jackson membuat latihan untuk beberapa siri konsert sempena konsert kepulangannya dalam industri hiburan bakal disiapkan pada penghujung tahun ini.
Berita yang dilaporkan Daily Variety itu turut menyebut bahawa Sony Pictures ketika ini sudah hampir bersetuju dengan perjanjian US$50 juta dolar itu. Ia bagi tayangan membabitkan hampir 80 jam footage yang memaparkan ikon pop itu membuat latihan sebelum kematian mengejut beliau pada 25 Jun lalu.
Menurut laporan itu lagi, AEG Entertainment selaku syarikat produksi yang memiliki hak sepenuhnya terhadap kesemua bahan itu serta bertanggungjawab terhadap penganjuran siri konsert Michael Jackson terbaru di London, telah pun membuat tayangan khas keseluruhan footage tersebut kepada eksekutif studio di Hollywood, minggu lalu.
Jika segala-galanya berjalan seperti apa yang dirancang, filem itu nanti akan diarahkan Kenny Ortega iaitu koreografer Michael bagi siri konsert terbaru yang dinama This Is It. Kenny juga adalah pengarah bagi filem High School Musical.
Setakat ini hanya sedutan footage latihan konsert Michael saja yang telah ditayangkan kepada umum di kaca TV. Sedutan footage yang ditayangkan pada 2 Julai itu menunjukkan bagaimana Michaeal berada dalam keadaan yang cukup sihat sewaktu menjayakan rutin latihan menyanyi sambil menari di Staples Center di Los Angeles iaitu 2 hari sebelum kematiannya.
Sementara itu, rakan Michael berkata, bintang pop berusia 50 tahun itu berada dalam kondisi yang cukup baik sewaktu melakukan latihan bagi siri konsert tersebut.
Namun Michael telah rebah dan meningggal dunia di rumah sewaannya Los Angeles pada 25 Jun lalu dan kematian King of Pop itu pula kini dikaitkan sebagai satu kes pembunuhan yang dilakukan secara konspirasi oleh pihak tertentu.
Sebelum ini kakak Michael, La Toya Jackson, mendakwa Michael dibunuh oleh pihak tertentu kerana ada orang yang tamakkan hartanya.
sumber dari murai.com
0 comments:
Post a Comment