kesedihan.....
kenapa la kan.. sekarang ni byk betul musibah dan cabaran yang perlu aku hadapi.. lepas 1 masalah ke 1 masalah yang lain.. minggu ni aku terpaksa balik ke KL dan meninggalkan Program Pembangunan Pelajar(PPP) iaitu sesuatu yang wajib di hadiri oleh semua pelajar2 UiTM Kampus Khazanah Alam, kemudian aku tidak dapat mengikuti aktiviti universiti iaitu perasmian dan penutup KRISTAL.. dah la aktiviti universiti 2 penting sb if aku tak dapat aktiviti universiti, aku tak kan dapat memohon kolej kediaman pada semester hadapan... hmmm... tp tak pe la... aku terpaksa pulang ke KL pun sebab Atuk aku sedang sakit tenat dan kini beliau telah di masukkan ke wad ICU di Hospital Sungai Buloh... aku rasa sedey sangat lihat keadaan Atuk aku skunk ni.. Yela..dulu dia sihat n aktif.. nak baca paper pun tak yah nak pakai cermin mata walupun umur dia dah mencecah 85 tahun.. tp bila aku tgk semalam, aku rasa sedey yang teramat... Atuk aku dah kurus sangat2 n muka dia cengkung.. dan yang lagi menyedih kan aku adalah apabila Atuk aku terpaksa bergantung kepada alat pernafasan yang di tebuk di lehernya... Keadaan Atuk aku ni telah mengingatkan aku kepada Insan yang aku sayang sangat2 hingga ke hari ini walaupun dia telah meninggal dunia.. iaitu Arwah Nenek aku.. sekarang ni aku rasa down sangat2.. segala test aku tak dapat nak wat sebab fikiran aku asyik terbayang kat Atuk aku.. Walaupun aku tak rapat dengan Atuk aku yang 2.. tp aku tetap rasa sedey sb dia kan sebahagian dari keluarga aku jugak.. sekarang ni aku hanya mampu berdoa agar Atuk aku boleh sihat semula...
0 comments:
Post a Comment