Wednesday, December 2, 2009

This Is It raih kutipan AS$200 juta

LOS ANGELES: Filem Michael Jackson, "This Is It" kini dilaporkan membolot kutipan AS$200 juta (RM680 juta) sejak tayangannya di seluruh dunia, dua minggu lalu.


Sony Pictures melaporkan, filem yang memaparkan persiapan Michael menjelang konsert kemunculan semulanya, mencatat perolehan lebih AS$61 juta (RM207.4 juta) di Amerika Utara saja dan AS$140 juta (RM476 juta)lagi di negara lain di dunia.


"Peminat filem dan pengkritik di seluruh dunia nyata menyumbang kepada filem serta muzik Michel Jackson," kata Pengerusi Pemasaran dan Pengedaran Sony Pictures Worldwide,


Jeff Blake dalam satu kenyataan, semalam.


Selain di Utara Amerika, filem ini mendapat tempat di Jepun dengan jumlah kutipan mencecah AS$27.2 juta, diikuti Britain (AS$14.3 juta), Jerman (AS$12.1 juta), Perancis (AS$12.1 juta) dan Australia (AS$7.2 juta). - AFP

0 comments: