Monday, December 28, 2009

Selena mahu gaun labuh bak duyung


SELENA tidak sabar untuk menghadiri majlis tari menari sekolahnya.


WALAUPUN majlis tari menari (prom night) sekolahnya hanya akan diadakan sebulan lagi, keterujaan pelakon Selena Gomes membuatkan dirinya tidak sabar untuk menghadiri majlis tersebut.


Menurutnya, acara seperti itu menjadi antara majlis kegemarannya kerana dia dapat menggayakan pelbagai gaun yang digemari.


"Saya memang suka memakai gaun labuh yang berbentuk duyung. Bila memakainya, rasa keyakinan diri akan menjadi lebih tinggi pada majlis itu.


"Apalagi sejak kebelakangan ini saya suka dengan gaun berwarna ungu. Untuk majlis tari menari nanti, saya mahu menggayakan gaun labuh yang mendedahkan bahagian atas badan.


"Ya, saya tahu orang akan bercakap saya kerap mengenakan gaun ketika berada di majlis-majlis berprestij, tapi itu lain," katanya kepada majalah Seventeen.

Tambahnya, apa yang menarik mengenai prom night adalah bila dia pergi ke majlis itu bersama teman-teman dan dapat menari dengan lelaki yang disukai.
"Saya akui, pergi ke majlis sebegitu lebih seronok jika ditemani kekasih. Tetapi lebih menarik lagi jika saya bersama teman-teman kerana ia menyeronokkan. Mana tahu, mungkin kita akan terjumpa cinta di sana," katanya.


Bagaimanapun, beritahu Selena, dia akan menjaga pemakanannya dan akan bersiap dua jam awal sebelum ke majlis tari itu.
"Saya hanya makan sarapan agar perut tidak buncit ketika memakai gaun. Dan saya juga suka bersiap awal kerana biasalah kalau perempuan, kita terpaksa membuat rambut, kemudian bersolek. Yang penting, saya mahu cantik pada majlis tersebut," selorohnya.

0 comments: