Sistem baru subsidi petrol Mei 2010
KUALA LUMPUR - Mekanisme baru pengagihan subsidi minyak menggunakan MyKad kepada golongan yang layak dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mei tahun depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, mekanisme tersebut sekali gus bakal menjimatkan wang kerajaan lebih RM2 bilion setahun.
"Sistem tersebut dalam peringkat pembangunan dan sedang berjalan lancar.
"Ia dijangka siap pada April 2010 dan kami yakin dapat dilaksanakan menjelang bulan Mei," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tinjauan Ekonomi Kebangsaan 2010-2011 di sini semalam.
Pada masa ini, petrol dan diesel disubsidi dinikmati oleh kesemua pemilik kenderaan bermotor termasuk golongan berpendapatan tinggi dan juga pelancong asing.
Turut hadir pada perasmian persidangan dua hari itu yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) ialah Pengarah Eksekutif MIER, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff dan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Ooi Sang Kuang.
*sokong cara kerajaan yang baru ni sebab rasa seperti tidak adil sb golongan atasan dapat membeli minyak dgn harga murah sedangkan golongan sederhana dan berpendapatan rendah terpaksa bekerja keras untuk membiayai kehidupan seharian. Harap lepas ni kerajaan tinjau lain2 masalah yang lagi penting.
0 comments:
Post a Comment