Tuesday, August 11, 2009

Chelsea mengalahkan Man Utd

PENJAGA gol Chelsea, Petr Cech (kiri) mudah menyelamatkan cubaan Dimitar Berbatov (dua dari kiri) dalam saingan Perisai Komuniti di Stadium Wembley, kelmarin.

Kecederaan Nani jejas rancangan United selepas kehilangan Ronaldo, Tevez

LONDON: Sir Alex Ferguson kini berdepan saat penuh ghairah mencari jawapan apakah ia satu tamparan awal selepas Manchester United tewas kepada Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Perisai Komuniti, kelmarin.


Pengurus berbangsa Scotland itu harus memikirkan dengan mendalam situasi dalam pasukan dengan kecederaan menimpa Nani yang boleh menjejaskan rancangannya selepas kehilangan dua tonggak - Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.


Dalam bahang itu, dia turut melepas rasa geram gara-gara kemarahan ke atas pemain Chelsea, Michael Ballack dan pengadil perlawanan, Chris Foy selepas mereka tewas kepada lawan dari Stamford Bridge itu.


United tewas 1-4 selepas masa penuh permainan berakhir seri 2-2 di Stadium Wembley tetapi Ferguson melenting dengan insiden pada babak kedua, khususnya rempuhan kasar Ballack ke atas Patrice Evra apabila pemain Jerman itu menyiku lawan ketika Chelsea menjana serangan mendapatkan gol kedua menerusi Frank Lampard sejurus selepas itu.


"Jika pengadil nampak secara terang ia adalah kesalahan kad merah," kata Ferguson yang mendakwa pengadilan tidak konsisten ditunjukkan oleh Foy.


"Dia menyiku pemain kami dan ia amat jelas. Dia harus melihatnya. Sekurang-kurangnya dia boleh menghentikan perlawanan."


Dalam penentuan penalti, Salomon Kalou muncul wira pasukan Chelsea dengan sepakan penalti kemenangan untuk memberi Carlo Ancelotti trofi pertama selaku pengurus baru.


Sementara itu, Nani sudah pasti akan terlepas aksi menentang Liechtenstein dalam siri persahabatan, esok dan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Birmingham. - AFP


Credit to BERITA HARIAN
http://www.bharian.com.my

0 comments: