Monday, November 30, 2009
UNO n Seafood
p/s: gambar ni smua aku amik dari Facebook Liza, thx Liza Read more...
Terima kekalahan
Ok2.. ramai yg sms aku n kate Arsenal tewas malam tadi.. tp aku tak kisah sb tak dinafikan corak permainan Chelsea pun dah bagus now ni.. tak cm season yang lepas... aku mmg dah dapat agak yang Arsenal akan kalah.. tp yang sms aku ckp aku tak online sb kalah 2 mmg korang salah la wei..haha.. aku sibuk sikit je.. sb 2 tak online.. kepada mereka yang suruh aku skong team lain 2 aku nak ckp terima kasih je lah.. wakakak.. hebat or tak, aku tetap skong Arsenal lagi pun season ni awal lagi..kita tak tau pe yang akan jadi nt kan.. hehe.. apa2 pun Gunners dah cuba yang terbaik malam tadi.. GUNNERS FOREVER!!
Read more...Saturday, November 28, 2009
Ben 10 Alien Swarm
Ben 10 Alien Swarm... 3 mggu aku tggu citer ni kuar kt Cartoon Network..akhirnya penantian aku berakhir bila aku dapat tgk Ben 10 Alien Swarm kat Cartoon Network tadi.. Ben 10 Alien Swarm ni adalah dari Ben 10 Alien Force sambungan dari Ben 10.. lau dulu Ben 10 Race Against Time boleh dikatakan agak memuaskan n jalan cerita n visual n audio effect pun boleh di katakan bagus.. Ben 10 Alien Swarm ni pulak membuatkan aku bosan.. ok.. sebabnya aku tak faham kenapa tiba2 Ben yang sayang kt atuk dia, Max tiba2 panggil nama je.. Gwen pun sama.. selama ni dalam Ben 10 n Ben 10 Alien Force dorang panggil Granpa Max tp tiba2 dalam citer ni dorang panggil Max jer.. then byk sgt drama dari gaduh.. maksud aku Ben jarang guna Omnitrix dia.. tiba2 lak Omnitrix dia tak le berfungsi la bila nak guna.. cm dorang nak kurangkan penggunaan Alien2 dalam Omnitrix 2...ala cm dorang nak keje senang la kiranya...tak yah susah2 buat grafik tuk alien2 dalam Ben10 Alien Force 2... sedangkan yg original Ben tak penah ad masalah dgn Omnitrix dia.. Kevin pulak.. nampak cm buat2 je perangai cm2..tak nampak cm Kevin yg sebenar... Granpa Max pun cm hampeh je... agak bosan la tgk tadi..huhu..tp dari segi pakaian dorang, aku puji sgt.. even kereta Kevin pun boleh dikatakan sama cm yg original...dari skala 1 - 10..aku bagi 6.2 tuk Ben10 Alien Swarm ni...
p/s: ni pendapat aku jer.. jgn salah faham
Ben 10 Alien Force Thriller Dance
Hari Gembira
Semalam hari yang paling bahagia dalam hidup aku... something yg aku harapkan selama ni dah kembali... aku betul2 tak sangka akan jadi secepat ni... aku terlalu gembira sampai tak le nak tidur malam.. rasa nak giler2 n happy2.. nak jerit2 kegembiraan pun ada jugak.. hahaha..cm satu tamparan yang buat kita tergamam...hehehe.. lalalalalala.. yang penting aku happy dah now ni...
Read more...Thursday, November 26, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Rindu
Tiba2 je aku rasa rindu.. rindu yang teramat sangat.. rindu kt si dia.. xtau la if dia rindu kat aku ke tak.. tak kisah la if dia rindu kat aku or tak..yang penting aku rindu n syg dia lagi... cm yg aku ckp sebelum ni.. she is one in a million.. i miss her... i miss her smile... i miss her lovely face..i miss her talk.. i miss her joke.. i miss everything about her.. argh..buat pe aku selindung2... aku rindu n syg sgt kt dia.. I MISS YOU MUFF!!!! I REALLY2 MISS YOU!!!!!! AND I SO IN LOVE WITH YOU!!!!
aku tak peduli pe org lain nak ckp..ckp la buruk2 pasal dia...tp aku tetap syg dia.. aku tetap akan igt dia smpai bila2... aku gila bayang ke, tak le terima hakikat ker.. tak kisah la pe pun ungkapannya..aku tetap rindu n syg dia..
Fabregas nafi spekulasi akan ke Barcelona
LONDON - Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas menolak tawaran spekulasi bahawa dia dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, sambil berkata dia mampu untuk terus berada bersama The Gunners sepanjang kariernya.
Sebelum ini Presiden Barcelona, Joan Laporta diberitakan telah bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Sepanyol itu.
"Saya berada di kelab yang hebat dan pasukan yang bagus, saya gembira.
"Kami masih berdepan dengan musim yang panjang dan perkara yang terakhir yang mahu saya lakukan ialah memutuskan hubungan dengan Arsenal, kelab yang membayar saya," katanya.
Ditanya sama ada dia mahu kekal bersama Arsenal sepanjang kariernya, Fabregas berkata ia tidak mustahil.
"Saya tidak memikirkan tentang perkara itu, kekal di sini sepanjang hidup saya, kerana saya baru berusia 22 tahun dan anda tidak tahu bagaimana perjalanan hidup anda.
"Ini adalah musim ketujuh buat saya. Saya sangat gembira, lebih baik dari sebelum ini, jadi anda tidak tahu," katanya.
Fabregas, yang telah beraksi bersama Arsenal sepanjang enam tahun sejak menyertai kelab tersebut pada usia 16 tahun berkata, spekulasi tersebut terus berlegar kerana dia merupakan pemain remaja Barcelona.
"Ia tidak memberi kesan kepada saya, ia telah berlaku beberapa tahun sebelum ini. Saya tidak kisah jika ia terus berlaku. Saya tidak memikirkannya kerana saya tidak mahu dan tidak perlu untuk difikirkan," katanya. - AP
Read more...Monday, November 23, 2009
Anaconda
Ular sawa gergasi ni atau lagi popular anaconda di temui di kawasan pendalaman Sabah
Actually aku jumpa ni pun masa aku tgh tgk email aku semalam..then terjumpa lak email ni..rupanya email ni dah lame smpai kat aku..dah dkt setahun...hehe..baru aku perasan...
Saturday, November 21, 2009
Friday, November 20, 2009
Speechless
that's how I feel
But I have not the words here to explain
Gone is the grace for expressions of passion
But there are worlds and worlds of ways to explain
To tell you how I feel
But I am
speechless, speechless
That's how you make me feel
Though I'm with you I am far away and nothing is for real
When I'm with you I am lost for words, I don't know what to say
My head's spinning like a carousel, so silently I pray
Helpless and hopeless, that'show I feel inside
Nothing's real, but all is possible if God is on my side
When I'm with you I am in the light where I cannot be found It's as though
Iam standing in the place called Hallowed Ground
Speechless, speechless,
that's how you make me feel
Though I'm with you I am far away and nothing isfor real
I'll go anywhere and do anything just to touch your face
There's no mountain high I cannot climb I'm humbled in your grace
Speechless, speechless,
that's how you make me feel Though I'm with you
I am lost for words and nothing is for real
Speechless, speechless,
that's how you make me feel Though I'm with you I am far away and nothing is for real Speechless, speechless, that's how you make me feel
Though I'm with you I am lost for words and nothing is for real
Speechless...
Your love is magical,
that's how I feel But in your presence I am lost for words Words like,
"I love you."
Thursday, November 19, 2009
SELAMAT HARI LAHIR KAK VEE
SEMOGA PANJANG UMUR
DAN
SEMOGA KEJAYAAN TERUS BERSAMA SIS
Tidakkkkkkk
bosan nya tak de laptop...nak online pun kne guna PC..ckup tak best bila guna PC.. huhuhu
For you Perempuan Segamat
ok2... 1st of all..entry ni aku nak jelaskan kt sorang budak yg belajar kt Segamat..
ok2.. lets begin...
aku tak penah tye aida 2 pengganti aku ker...tak penah aku ckp cm2 kt dia..aku tak pnh igt ko pun... ak ngaku ak ad tye kt Asma psl ko 2 pn sb lain.. bkn sb kte.. tp sb perangai ko yg dah lain.. FYI your friends risau sgt kat ko yg dah berubah giler2.... they all care about you..
Then, aku tak de interest lgsung pasal hidup ko lagi.. aku dah lama carry on hidup aku tanpa kau.. aku hidup aman tanpa kau... hidup ko hak kau.. not mine anymore... ko nak hdup teruk or baik 2 terpulang pada kau...
itu je la kowt yg perlu aku explain... out
Wednesday, November 18, 2009
Stacy @ Harian Metro
Stacy, 19, berjaya memberi persembahan mantap ketika program itu bersiaran langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor. Biarpun keputusan lagunya itu bukan muktamad untuk melangkah ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) tetapi ia cukup memberikan berita gembira pada penyanyi yang berasal dari Penampang, Sabah itu untuk mengharap peluang beraksi di peringkat akhir ada.
Kata Stacy, kejayaan awal lagu itu berdasarkan kekuatan pada lirik dan melodi ciptaan Edry KRU yang turut menyelit loghat Sabah. Akuinya, lagu itu membawa melodi rancak yang menghiburkan ramai pendengar khusus kanak-kanak dan remaja.
"Biarpun ramai yang suka dengan lagu ini, saya sukar untuk jangka sama ada lagu ini berjaya ke AJL24. Pada saya, pemilihan lagu ini untuk layak pada peringkat separuh akhir kedua ini sudah menggembirakan saya.
"Saya bersyukur sangat jika lagu ini berjaya melangkah ke peringkat akhir nanti. Saya patut berterima kasih pada Edry yang mencipta lagu ini yang membuatkan peminat suka.
"Saya fikir lagu ini mempunyai kekuatan dari aspek lirik dan melodinya yang senang didengar. Jika berjaya ke AJL24, saya anggap ia sebagai bonus," katanya.
*hanya petikan berkaitan Stacy sahaja..berita penuh klik Sini
Tuesday, November 17, 2009
Monday, November 16, 2009
Selena Gomez new hair cut
Gaya rambut yg kali ni better la yg dari dlu 2... yg kali ni cute sgt2..sesuai dgn muka dia.. yg dlu 2 cm tebal sgt n buat muka dia nampak kecik..huhu..suka yg gambar kt bawah..hehe..cm emo2 skit n style.. hehe...
kenapa?
kenapa? kenapa? kenapaaaaaaaaaaaaaaaaa???????
kenapa susah utk aku lupakan dia... sedangkan dia begitu mudah lupakan aku...
kenapa aku tak le terima kenyataan yg dia dah buang aku dalam hidup dia?
kenapa aku masih menanti sesuatu yang tak pasti??
kenapa aku masih percaya yg dia masih sygkan aku mcm aku syg kt dia?
kenapa aku tak le nak benci kat dia?
kenapa makin aku cuba membenci dia makin syg pulak yg aku rasa?
kenapa aku tak le nak enjoy apa2 sedangkan dia begitu bahagia tanpa aku?
kenapa aku masih terkenang saat aku bersama dia?
kenapa begitu mudah dia beralih cinta?
kenapa mesti aku hadapi semua ni? kenapa semua ini terjadi?
kenapa aku percaya dgn janji2 manis dia?
kenapa mesti aku terjerat dengan setiap ungkapannya dulu?
kenapa mesti aku memikirkan tentang dia lagi?
kenapa sukarnya utk aku menghalau dia dari pemikiran aku?
kenapa mesti aku menanti sms dan panggilannya setiap hari? kenapaaaaaaaa????????????????????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sunday, November 15, 2009
Sedihnyaaaaaaaaaaaaa
Semi Final Muzik-Muzik
tp suami n tunang dalam SFC je la..bukan betul2...
dah tau kecik g duduk jauh2... kan dah tak nmpak
Read more...
Saturday, November 14, 2009
Thursday, November 12, 2009
Khamis
Yeay!! hari ni hari khamis... sukanya aku... ahahahah... SELAMAT HARI KHAMIS!!! heeeheee
Read more...Wednesday, November 11, 2009
Monday, November 9, 2009
Hari Isnin yang membosankan
hahha.. aku igt dah cuti jadi best..tp rupanya bosan giler.. huhuhu.. tak best langsung loer... huhuh.. hari ni tgk tv, ngadap laptop.. pastu tambah bosan... nak kuar tak le.. huhuhu.. tgk tv, semua citer cm hampeh.. main game, dah muak.. chatting, tak de org pulak.. hmmm.. last2 aku buat la satu kerja yang agak kurang pandai...heee... aku cari gambar2 yg agak lain.. pastu tag org kt facebook.. hahaha.. nak buat pe lagi.. dah bosan kan... dah bpe byk yg aku tag.. hahahah...ok la.. nak tdo.. bosan giler..baik tdo.. heee...
Read more...Wenger Mula Puji Permain
WOLVERHAMPTON - Arsene Wenger percaya barisan pemain yang ada sekarang sama hebat dan mampu mengulangi kejayaan pasukan enam tahun lalu yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana England (EPL) buat Arsenal.
Arsenal menewaskan Wolves 4-1 untuk melonjak ke tangga kedua mengatasi Manchester United tetapi Wenger mendakwa pasukannya dapat mengekalkan rentak cemerlang sepanjang musim.
Walaupun tidak beraksi pada tahap sebenar di Molineux kelmarin, Arsenal masih lagi mampu untuk menambah jaringan keseluruhan mereka kepada 55 gol sepanjang musim ini, di mana ia boleh dianggap membanggakan purata tiga gol dalam satu perlawanan.
Di peringkat ini musim lepas cabaran Arsenal terhenti di sini selepas mengalami lima kekalahan dari 14 perlawanan.
Namun tanpa kalah dalam 13 perlawanan, walaupun dibebani dengan masalah kecederaan, menunjukkan mereka bersedia untuk mengulangi cabaran yang tidak mampu dilakukan dua tahun lalu, sebelum mereka gagal merangkul kejuaraan kepada United.
Wenger begitu terdesak untuk menjadi pencabar sekali lagi dan berasa pasukannya berada pada tahap terbaik melakukan sesuatu yang istimewa.
"Keinginan untuk menang kejuaraan liga tetap ada dan kami mahu memperkuatkan keyakinan ini. Apa yang penting kami bermain untuk satu sama lain dan fokus terhadap prestasi.
"Kami juga mahu meneruskan meningkatkan tahap cara permainan Kami tidak mempunyai peluang untuk memberi cabaran musim lepas.
"Dua tahun lalu kami begitu hampir dan kami mahu melaluinya sekali lagi," kata Wenger.
Wenger menolak untuk mengatakan Liverpool sudah terkeluar dari perlumbaan kejuaraan liga, walaupun mereka tewas beberapa perlawanan liga musim ini sama seperti Gunners pada peringkat yang sama 12 bulan lalu.
"Kami gagal untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu memberi cabaran tahun lepas kerana kami tewas begitu banyak perlawanan awal dan ia sangat sukar buat kami untuk bangkit tetapi saya tidak merendah-rendahkan Liverpool.
"Ia berbeza kali ini kerana semua pasukan teratas telah tewas.
"Jadi perbezaannya tidak terlalu ketara. Ia sudah bagus untuk berada di tangga kedua buat seketika. Kami berada di posisi terbaik tetapi kami perlu percaya kepada diri sendiri dan sentiasa gembira dengan apa yang mereka lakukan. Keputusan seri antara Manchester United dan Chelsea akan menggembirakan kami," katanya. - AFP
Ulasan Mengenai This Is IT
TANGGAL 25 Jun 2009 pastinya akan menjadi tarikh yang tidak akan dapat dilupakan oleh masyarakat dunia.
Ketika itu, dunia telah dikejutkan dengan kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson yang membuatkan kita semua seperti tidak percaya dia telah pergi.
Legasi seninya terus hidup dan mekar di dalam hati mereka yang mengagumi muzik dan bakat luar biasanya itu yang telah meletakkan dirinya sebagai seorang penghibur terbaik dunia.
Michael yang diketahui cukup menyayangi dan menghargai peminatnya kerana baginya, mereka adalah nadi dan tunjang kepada kejayaannya selama ini.
Maka dengan itu, setiap kali Michael mengadakan konsert, ia akan menjadi sebuah persembahan yang akan dikenang oleh para peminatnya sehingga ke akhir hayat mereka.
Setiap konsert dan persembahan yang dilakukannya akan mendapat sambutan yang cukup hebat dan luar biasa sekali.
Maka tidak hairanlah, peminat Michael sanggup berhujan dan berpanas untuk berbaris semata-mata mahu mendapatkan tiket menyaksikan persembahan penghibur unggul ini.
Biarpun dilanda masalah dan kemelut kewangan serta peribadi yang menyelubungi dirinya, tetapi Michael atau panggilannya, Jacko tetap menjadi pujaan dan terus disayangi oleh peminat setianya.
Pada 5 Mac lalu, Michael telah mengumumkan bahawa dia akan beraksi dalam konsert This Is It yang merangkumi 50 buah persembahan yang berlangsung di The O2 Arena, London.
Ia juga adalah konsert terbesar Michael selepas konsert jelajah dunia HIStory yang tamat pada tahun 1997 dan juga konsert penutup tirainya untuk peminat di London.
"Bila saya berkata demikian, bermakna saya benar-benar maksudkannya," kata Michael dalam sidang media tersebut.
Sudah pasti berita itu mengujakan peminatnya yang tidak mahu melepaskan peluang menonton persembahannya apatah lagi ia hadir selepas lebih sedekad Michael tidak beraksi dalam mana-mana konsert.
Dijadualkan berlangsung pada 19 Julai lalu sehingga Mac 2010, ia dikatakan akan menjadi sebuah siri konsert yang paling hebat dan mampu memukau penonton sekali gus mengembalikan kegemilangan Michael.
Malah, tuan punya badan sendiri begitu gembira dan teruja untuk beraksi dalam konsert ini.
"Saya akan menyanyikan lagu-lagu yang peminat mahukan dan inilah dia yang mereka nantikan," ujarnya dalam nada gembira.
Namun, apakan daya. Takdir menentukan segala-galanya apabila impian Michael itu tidak mampu dilaksanakan kerana dia terlebih dahulu meninggalkan kita semua.
Pasti ramai peminat hampa dan sedih kerana tidak dapat melihat Michael beraksi buat kali terakhir sebelum dia mengundurkan diri dari dunia seni.
Tetapi, kesedihan itu tidak lama apabila filem This Is It yang mula ditayangkan pada 29 Oktober lalu mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Sehingga artikel ini ditulis, kutipan untuk This Is It sudah pun mencecah AS$110 juta (RM363 juta) di seluruh dunia.
Malah, kutipan tiga hari pertama sejak tayangannya pada 29 Oktober lalu mencatatkan kutipan sebanyak AS$23 juta (RM76 juta) di Amerika Syarikat sahaja.
This Is It yang dikategorikan sebagai filem dokumentari itu merupakan rakaman sesi latihan dan persediaan Michael untuk konsert besarnya yang dilakukan di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pada awalnya, ia hanyalah sekadar rakaman sesi latihan yang biasa yang dirakamkan sendiri oleh Michael dan ia untuk tontonan Michael dan Kenny sahaja.
Tetapi, kemudiannya atas permintaan peminat setia Michael dan promoter konsert This Is It, AEG Live, maka projek untuk menjadikannya ia sebagai sebuah filem akhirnya direalisasikan.
Diarahkan oleh pengarah dan koreografer terkenal, Kenny Ortega, walau bagaimanapun filem tersebut pada awalnya berdepan dengan pelbagai halangan sebelum ia direalisasikan.
AEG Live sendiri berdepan dengan kritikan apabila dikatakan penerbitan filem itu tidak lebih sekadar untuk mengaut keuntungan daripada kematian Michael.
Tidak cukup dengan itu, ada khabar angin yang mengatakan bahawa apa yang dipaparkan dalam filem berkenaan adalah bukan diri Michael yang sebenar dan menggunakan orang lain.
Malah, ahli keluarga terdekat Michael sendiri tidak merestui penghasilan filem berkenaan dan mencari jalan untuk menyekat hasrat beberapa pihak yang mahu menzahirkan filem ini.
Tetapi, pada 10 Ogos lalu, hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Mitchell Beckloff secara rasmi meluluskan kerjasama antara Sony (pengedar filem) dan AEG Live supaya Sony boleh membeli dan mengedar rakaman itu sebagai filem.
Dalam perjanjian itu, Sony dan AEG Live telah bersetuju bahawa versi filem itu tidak boleh melebihi 2 jam 30 minit dan karya itu perlu mendapatkan klasifikasi.
Selain daripada itu, kontrak itu juga menyatakan bahawa filem itu tidak boleh menunjukkan sebarang sisi negatif Michael.
Semua keputusan itu dipatuhi dan This Is It telah berjaya mempamerkan kehebatan Michael sebagai seorang penghibur yang genius.
Sepanjang hampir dua jam menonton This Is It baru-baru ini, perasaan kagum dan terkesima terus wujud apabila melihat komitmen tinggi yang diberikan Michael untuk konsert ini.
Walaupun usianya sudah mencecah lima dekad, tetapi This Is It membuktikan usia itu bukan satu halangan untuk Micheal memberikan persembahan penuh energetik dan bertenaga.
Biarpun ia hanyalah sesi latihan, tetapi usaha yang diberikan oleh Micheal untuk konsert ini cukup dikagumi.
Bukan sekadar melantunkan vokalnya, tetapi Michael juga bertindak mereka gerak tari bersama barisan penari yang dipilih daripada uji bakat yang diadakan khusus untuk konsert ini.
Maka tidak hairanlah, filem This Is It ini dianggap sungguh istimewa dan khazanah yang cukup berharga buat peminatnya yang akan terus mengenangnya sebagai anak seni yang tiada tandingan.
This Is It juga memberikan gambaran yang cukup jelas bahawa janji Michael untuk menjadikan siri konsert ini sebagai konsert yang paling gah dan berjaya pastinya akan ditunaikan.
Masakan tidak, konsep konsert ini cukup hebat dan mengagumkan.
Tidak cukup dengan itu, permainan visual dan audio juga merupakan tunjang utama kepada perjalanan konsert ini.
Ini semua dapat dilihat menerusi konsep yang ditampilkan untuk lagu-lagu seperti Smooth Criminal, Thriller, Earth Song dan They Don't Care About Us.
Daripada situ, penonton dapat menilai dan membuat kesimpulan bahawa Michael sememangnya seorang karyawan yang cukup bijak untuk mencari kelainan bagi memantapkan konsep persembahannya mengikut peredaran zaman.
Bukan itu sahaja, This Is It juga memperlihatkan kredibiliti Michael yang berkongsi idea dengan pengarah dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam konsertnya itu.
Sekali gus ia membuktikan apa yang sering kali dicanangkan tentang Michael iaitu seorang yang sangat mudah untuk bekerjasama, rendah diri dan tidak lokek ilmu kepada sesiapa sahaja.
Penonton yang mungkin skeptikal dan membayangkan filem ini akan menjadi sebuah filem dokumentari yang lain, usah bimbang kerana penonjolan Michael dan lagu-lagunya merupakan subjek utama dalam filem ini.
Semua itu dapat penonton saksikan sendiri menerusi filem ini yang mengikut perancangan hanya akan ditayangkan selama dua minggu yang berakhir pada 12 November ini.
Mega turut difahamkan This Is It akan terus ditayangkan selagi peminat dan penonton mahu menonton filem yang telah mencipta sejarah sebagai filem konsert paling berjaya sepanjang zaman itu.
Apa yang pasti, This Is It akan menjadi sebuah filem yang terpahat sebagai filem yang terus mengangkat figura unggul ini.
Bagi mereka yang belum menonton filem ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang berbuat demikian.
Kerana untuk melihat Michael beraksi di layar lebar akan membuatkan kita terleka dan asyik menikmati ritma serta tariannya tanpa kita sedari dia sebenarnya sudah pergi meninggalkan kita.
Toy Story 3
Toy Story 3 akan berada di pawagam next year!! yahoooo..akhirnya ad jugak sambungan cerita ni..hehe..aku suke gler cerita cmni sb rasa cm teringat balik zaman kecik n main permainan2 n pk permainan 2 smua hidup..hahahah...Jom tgk Toy Story 3 18 June 2010.
Black Jack
Ni merupakan salah satu cerita Anime yg aku minat.. Cerita pasal seorang pakar bedah yang tak de lesen sebagai doktor.. kehebatan dia membedah diluar jangkaan orang lain. skill yg dia ad hebat sangat. walaupun tak de lesen, ramai lagi yang nak perkhidmatan dia. Aku minat cerita ni sb cerita ni best giler.. sebab aku suka character black jack ni.. dia cool jer..pastu style rambut dia aku suke.. hehehe...
Saturday, November 7, 2009
Cuti Cuti Cuti
yeay!!! final paper dah pun berakhir... kini tiba masanya untuk cuti.. hehe.. sebelum cuti lagi aku dah plan pe yg aku nak buat.. haha.. semi final muzik2 haruslah pergi kan...aku akan mula jejak Stacy balik cm dlu...walaupun aku terpaksa menggunakan tongkat..tp 2 tak kan patahkan semangat aku tuk g mane2.. haha. nw ni dah cuti...so aku nak enjoy puas2.. hahaha...
Read more...Wednesday, November 4, 2009
Final Paper
esok final paper aku.. then jumaat aku dah balik KL.. yeay!!! tadi aku g amik test CTU.. ustaz pun terbaik gak.. open book test....hahahaha... semalam test CSC pun sme gak.. open book..wah..smua lecturer dah baik la skrg ni.. hehe.. mudah2 an sem ni dapat DL lagi.. hehe..amin...
Read more...Tuesday, November 3, 2009
New Hair Cut
huhuhu.. nw ni aku dah ptong rambut.. kenapa..sb hari 2 kan after paper CSC aku kantoi rambut panjang.. huhu.. sedey tol.. bila rambut dah ok2..tiba2 kantoi lak.. rambut kali ni mmg lebih kurang cm dlu..tp ad lain skit..sb pendek sgt..cm nerd.. hahaha.. nasib baik boleh di beri sedikit style..wakakakaka... rambut belakang mmg dah pendek la.. tp bagus gak rambut pendek cmni..senang nak cuci rambut..cepat kering..hahaha..