Thursday, September 3, 2009

VC Corntoz Stacy paling hangat


KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2009:


Pertandingan Mencipta Video Kreatif Makan Corntoz yang dimeriahkan oleh Nabil Raja Lawak, Stacy dan Ajieb Aksi Murai akhirnya sudah menemui pemenang apabila Lau Chee Hong meraih hadiah utama iaitu wang tunai berjumlah RM8,000.


Manakala di tempat kedua pula dimenangi Eric Lai yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Hadiah wang tunai RM2,000 untuk tempat ketiga pula dimenangi Nicholas Cheng Chuan Lim.


Kemenangan 3 peserta ini diadili juri profesional berdasarkan idea asli makan Corntoz paling kreatif serta bakat dalam bidang lakonan dan pengarahan video.


Orang kuat Mamee, Pierre Pang, berkata tujuan kempen ini dijalankan adalah untuk membuka peluang kepada orang ramai untuk tunjukkan visi mereka dalam mengekspresi jenama Mamee.


"Berdasarkan video penyertaan yang kami terima, pihak Mamee berpendapat bahawa semua penyertaan kreatif dan sambutannya di luar jangkaan. Selepas ini, kami akan banyak lagi menjalankan aktiviti sebegini dan terbaru adalah Raya Gaya Mamee Slrrrp bersama Hafiz, Aril, Mila dan 2 penyampai ERA FM," ujarnya.



Sementara itu, selain Nabil, Stacy dan Ajieb, Mamee juga telah menjemput Faizal Tahir dan Jaclyn Victor untuk mempromosikan kempen ini. Antara 5 selebriti ini, sambutan untuk video Stacy amat memberangsangkan apabila lebih 50,000 orang menontonnya secara online.





*sumber dari Murai.com


0 comments: