Monday, November 9, 2009

Wenger Mula Puji Permain


PEMAIN Arsenal, Bascary Sagna (kanan) membentes pemain
Wolverhampton Wanderer, Richard Stearman pada aksi
Liga Perdana Englnad di Molineux, Wolverhampton, kelmarin.
Arsenal menang 4-1. - REUTERS



WOLVERHAMPTON - Arsene Wenger percaya barisan pemain yang ada sekarang sama hebat dan mampu mengulangi kejayaan pasukan enam tahun lalu yang berjaya merangkul kejuaraan Liga Perdana England (EPL) buat Arsenal.

Arsenal menewaskan Wolves 4-1 untuk melonjak ke tangga kedua mengatasi Manchester United tetapi Wenger mendakwa pasukannya dapat mengekalkan rentak cemerlang sepanjang musim.

Walaupun tidak beraksi pada tahap sebenar di Molineux kelmarin, Arsenal masih lagi mampu untuk menambah jaringan keseluruhan mereka kepada 55 gol sepanjang musim ini, di mana ia boleh dianggap membanggakan purata tiga gol dalam satu perlawanan.

Di peringkat ini musim lepas cabaran Arsenal terhenti di sini selepas mengalami lima kekalahan dari 14 perlawanan.

Namun tanpa kalah dalam 13 perlawanan, walaupun dibebani dengan masalah kecederaan, menunjukkan mereka bersedia untuk mengulangi cabaran yang tidak mampu dilakukan dua tahun lalu, sebelum mereka gagal merangkul kejuaraan kepada United.

Wenger begitu terdesak untuk menjadi pencabar sekali lagi dan berasa pasukannya berada pada tahap terbaik melakukan sesuatu yang istimewa.

"Keinginan untuk menang kejuaraan liga tetap ada dan kami mahu memperkuatkan keyakinan ini. Apa yang penting kami bermain untuk satu sama lain dan fokus terhadap prestasi.

"Kami juga mahu meneruskan meningkatkan tahap cara permainan Kami tidak mempunyai peluang untuk memberi cabaran musim lepas.

"Dua tahun lalu kami begitu hampir dan kami mahu melaluinya sekali lagi," kata Wenger.

Wenger menolak untuk mengatakan Liverpool sudah terkeluar dari perlumbaan kejuaraan liga, walaupun mereka tewas beberapa perlawanan liga musim ini sama seperti Gunners pada peringkat yang sama 12 bulan lalu.

"Kami gagal untuk menjadi sebuah pasukan yang mampu memberi cabaran tahun lepas kerana kami tewas begitu banyak perlawanan awal dan ia sangat sukar buat kami untuk bangkit tetapi saya tidak merendah-rendahkan Liverpool.

"Ia berbeza kali ini kerana semua pasukan teratas telah tewas.

"Jadi perbezaannya tidak terlalu ketara. Ia sudah bagus untuk berada di tangga kedua buat seketika. Kami berada di posisi terbaik tetapi kami perlu percaya kepada diri sendiri dan sentiasa gembira dengan apa yang mereka lakukan. Keputusan seri antara Manchester United dan Chelsea akan menggembirakan kami," katanya. - AFP

0 comments: