Fabregas nafi spekulasi akan ke Barcelona
LONDON - Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas menolak tawaran spekulasi bahawa dia dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona, sambil berkata dia mampu untuk terus berada bersama The Gunners sepanjang kariernya.
Sebelum ini Presiden Barcelona, Joan Laporta diberitakan telah bersedia untuk mendapatkan pemain tengah Sepanyol itu.
"Saya berada di kelab yang hebat dan pasukan yang bagus, saya gembira.
"Kami masih berdepan dengan musim yang panjang dan perkara yang terakhir yang mahu saya lakukan ialah memutuskan hubungan dengan Arsenal, kelab yang membayar saya," katanya.
Ditanya sama ada dia mahu kekal bersama Arsenal sepanjang kariernya, Fabregas berkata ia tidak mustahil.
"Saya tidak memikirkan tentang perkara itu, kekal di sini sepanjang hidup saya, kerana saya baru berusia 22 tahun dan anda tidak tahu bagaimana perjalanan hidup anda.
"Ini adalah musim ketujuh buat saya. Saya sangat gembira, lebih baik dari sebelum ini, jadi anda tidak tahu," katanya.
Fabregas, yang telah beraksi bersama Arsenal sepanjang enam tahun sejak menyertai kelab tersebut pada usia 16 tahun berkata, spekulasi tersebut terus berlegar kerana dia merupakan pemain remaja Barcelona.
"Ia tidak memberi kesan kepada saya, ia telah berlaku beberapa tahun sebelum ini. Saya tidak kisah jika ia terus berlaku. Saya tidak memikirkannya kerana saya tidak mahu dan tidak perlu untuk difikirkan," katanya. - AP
0 comments:
Post a Comment