Michael Jackson akirnya dikebumikan
Selepas lebih dua bulan meninggal dunia akibat dadah berlebihan, raja pop, Michael Jackson akan dikebumikan dengan upacara yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat di tanah perkuburan di sini.
Michael yang meninggal pada usia 50 tahun pada 25 Jun lalu, akan disemadikan di Taman Peringatan Forest Lawn yang turut menempatkan kubur beberapa ikon Hollywood seperti Humphrey Bogart, James Stewart, Spencer Tracy dan Walt Disney.
Bagaimanapun tiada maklumat terperinci bagaimana upacara selama 45 minit pengkebumiannya dijalankan walaupun laporan semalam menyebut penyanyi soul, Aretha Franklin akan mempersembahkan nyanyian peringatan terakhir.
Anak Michael - Prince Michael, 12, Paris, 11 dan Prince Michael II, 7 - dikatakan akan memberi nota terakhir di keranda ayahnya.
Nota yang tertera "Ayah, kami sayang ayah, kami merindui mu" akan disematkan di keranda bersadur emas Michael bersama sarung tangan putih yang menjadi identiti penyanyi itu.
Rakan rapat Michael, Diana Ross dan Brooke Shields juga dilaporkan antara tetamu yang akan menghadiri upacara penghormatan terakhir itu.
Upacara pengkebumian raja pop, Michael Jackson yang dibuat secara tertutup bila-bila masa akan berlangsung, tertangguh kira-kira sejam berikutan menunggu ketibaan ahli keluarganya.
Kelewatan itu memaksa Elizabeth Taylor, 77, dan beberapa selebriti menunggu di dewan Memorial Forest Lawn dalam cuaca panas pada sebelah petang ketika ini.
Kerusi tetamu ditempatkan di sebuah dewan khas di mana keranda Michael diletakkan di situ.
Ibu bapa Michael, Joe dan Katherine Jackson serta anak penyanyi itu - Prince Michael, 12, Paris Michael, 10, and Prince Michael II, 7, ditempatkan di barisan hadapan sekali.
Anggota polis bermotosikal mengiringi perarakan 31 kenderaan ahli keluarga termasuk jenis Rolls-Royce dan Cadillac dari Encino ke Forest Lawn di mana Michael akan disemadikan.
0 comments:
Post a Comment