Kehilangan
Hari ni aku nak luahkan rasa kehilangan yang tak disangka dalam hidup aku... sebenarnya aku telah kehilangan kawan baik aku, Arwah Mohd Amirul bin Razali... dia dah kembali ke ramahtullah bulan 2 hari 2... dia merupakan kawan baik aku dari tadika lagi... mmg segala aktiviti tak kira baik or nakal mmg kami buat bersama. pergi curi rambutan la, mandi sungai, p jalan satu kampung kumpul duit raya, ponteng sekolah n mcm2 lagi la...yang paling aku menyesal sejak aku belajar kt pahang, aku dah jarang jumpa dengan dia.. last aku jumpa dia masa bulan oktober taon lepas..arwah ada ajak g makan2 tapi aku terlalu sibuk terus aku ckp kt dia cuti taon baru cina nt baru nak lepak sama2.. tapi tak kesampaian.. aku dapat tau yg dia kemalangan masa nak balik dari uptown.. 2 pun aku dapat tau dari adik aku..adik aku gtau yang teruk keadaan arwah masa tu..bahu dia dah smpai kepala n doktor terpaksa buka bahagian atas kepala sebab ad pendarahan yang teruk... belum sempat aku balik nak melawat dia kt hospital, dia dah pergi untuk selamanya..pengebumian dia pun aku tak dapat pergi..sampai sekarang aku rasa menyesal, tapi yg mampu aku lakukan sekarang ni hanyalah berdoa agar roh dia tenteram di sana... Al-Fatihah~
0 comments:
Post a Comment